Pages

Wednesday, November 23, 2016

STPM Sem 1 was over!



"Heartbreak is inevitable.
Your first love isn’t always your last. Friends can break your heart so easily. The guy who you have a little crush on can break your heart. The person you never talk to can also hurt you. Your parents can easily make you cry whether it’s insults or watching both of your parents fight each night till they get divorced. Siblings can hurt you physically and talk down about you to the point you’re suicidal. You can hide your heart and your feelings but at the end of the day, heartbreak always happens."

Assalamualaikum semua😆
Uish, banyak betul perubahan kat blog ni. Bermacam dia update especially dah ada emoji. Benda dah bertahun menunggu bila lah blog nak ada emoji ye😜  And now sekarang 2016 baru ada.
Tahniah! Wuuu👏  
Eh! Sebelum tu nampak tak perubahan kat blog Syilah?
Yup, tahniah kalau perasan, Syilah cuma tukar background je sebab rasa macam dah bosan dengan background yang sama.
So ta-daaa warna biru, which is my fav colour😍


Nampak tak betapa happynya aku. HAHAHAHAHA.
Happy lah weh Sem 1 dah habis Isnin yang lepas, which is paper Sejarah penutupnya. Alhamdulillah! Walaupun dapat menikmatinya sekejap je sebab cikgu-cikgu semua suruh boleh start focus Sem 2 dah, huhuhuhu😐
Yeah, this is real life STPM guys.

Tak sangka kan sampai ke sini Syilah dapat bertahan. Seperti yang sebelum ni Syilah pernah update entri post. Klik SINI kalau nak baca.
So far, alhamdulillah Sem 1 everything went well. Kawan-kawan pun ok and cikgu-cikgu pun sama. I never thought that akan kekal sampai habis sem 1ni.

Korang mesti pernah dengar desas-desus mengatakan STPM ni susah,kan?
Sama sekali salah apa yang korang fikirkan selama ini. Belum cuba belum tahu, kan? Itulah ayat abah Syilah masa memula Syilah berniat nak sambung belajar ke Tingkatan 6 ini.
Dia akan jadi sangat susah bila kau malas belajar and buat latihan. Serious talk!
Soalan dia memang tersangatlah mencabar bila MPM(Majlis Peperiksaan Malaysia) ni buat. Sebab kadang tu soalan dia minta kita berfikir di luar kotak.

Syilah sambung study kat SMK Seksyen 10, Kota Damansara and dalam aliran Sastera, 4 subjek iaitu Pengajian Am(subjek wajib lulus), Bahasa Melayu, Sejarah & Pengajian Perniagaan.
For keempat-empat subjek ni macam biasalah dari zaman sekolah rendah minat dengan subjek Bahasa Melayu💓 Memang minat dia tak terkatalah. And kedua, Sejarah. Orang malas nak belajar Sejarah sebab nak kena ingat dan hafal fakta.Tapi, Syilah tak😂 Even malas tahap mana pun, still prefer subjek membaca and menghafal. Paling tak minat subjek yang ada kira-kira tau. Tapi, dengar cerita untuk Sem 2, subjek Pengajian Am kena buat graf then calculator wajib sangat bawa haaa😅
Ya Allah, moga-moga senang dan permudahkan.
Insha Allah.

Tapi, tak boleh gembira sangat, results pun tak keluar lagi, mana tau ada subjek tertentu nak kena repair pointer dia and get ready sediakan duit untuk repeat paper😕
Ha! Ready juga untuk MUET which is terdiri daripada Speaking, Writing, Reading and Listening.
Masa sem 1, kalau nak skor MUET, skor bahagian Reading sebab banyak markah kat situ. And yup, Syilah memang skor bahagian Reading. Nak dapat band yang bagus, skorlah lah keempat-empat peringkat tu ye.

And always rajin bertanya kat senior or lepasan STPM yang lain macam mana dorang struggle and minta lah serba sedikit tips study mereka sebab semua tu sangat membantu tau. Even macam biasalah ramai sangat orang dok cakap STPM tak bagus and still pandang rendah. Bawa-bawalah ubah persepsi anda semua ye. Kalau rasa diri tu layak atau larat bawa STPM ni, teruskan. Jangan berhenti sebab for me, STPM ni best tau😃👍
And for your information, 
Level Tingkatan 6 ni dah dinaik taraf dan Kolej Tingakatan 6 pun dah ditubuhkan oleh Menteri Pendidikan kita sendiri. Cool, kan? Form 6 ni bukan calang-calang lagi tau.

Tapi, tak kiralah awak sambung belajar kat mana-mana pun, semuanya sama, niat pun sama. Sama-sama nak berjaya dalam hidup, kan. Bukan sahaja berjaya dalam hidup, berjaya juga di akhirat.
Jangan lupa siapa pencipta kita, Allah swt yang menggerakkan segala anggota badan kita dan bersyukurlah masih lagi menikmati kehidupan😊

Memandangkan cuti sem sebulan lepas, macam biasalah Syilah akan luangkan sedikit masa berblogging 👀💅
Hehe....

Sampai di sini sahaja, tunggu next entri pula Syilah akan bercerita.
Assalamualaikum.

Bye👋💞

3 comments:

Niaisyahlah said... [Reply]

Tahniah da hbis sem 1 Akak syilah! :):):):):):):):):):)

Fhatin Amelia said... [Reply]

hehe tahniah :D boleh chillax sekejap kot hihihi
done follow u
https://mellyacrayola.blogspot.my/

Karimah Zulkafali said... [Reply]

Kita samalah syilah!!!
Saya pun stpm jugak. Baru habis penggal satu jugak. Aliran kemanusiaan jugak. HAHAHA akhirnya jumpa jugak geng stpm! :)

Selamat berkenalan :DDD

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com