Pages

Monday, January 4, 2016

Sambal Belacan

Image result for assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim...


Selamat kembali ke alam persekolahan sesi 2016 bagi yang masih bersekolah dan Selamat Bekerja bagi yang bekerja di luar sana.

TikTokTikTok...
Lagi 2 bulan sahaja lagi keputusan SPM bakal keluar. Moga-moga segala usaha kita selama ini membuahkan hasil.



Ok, entri Syilah kali ini agak merapu sedikit mengenai Sambal Belacan :p
Kenapa Syilah nak cerita pasal Sambal Belacan?
Well, ada kisah di sebaliknya. HEHE


SAMBAL BELACAN
>Merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam.
>Pada amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama belacan, garam, dan sedikit gula.
>Boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya.
>Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar.
>Juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa.

       Siapa kat sini suka sambal belacan? Tak Melayu lah kalau korang tak suka kan, HEHE. 
Syilah dari kecil memang hantu sambal belacan lah. Kalau ada lauk sambal belacan, memang TRIPLE nasi dia hingga menjilat jari. NyumNyum. 

Kalau tekak Syilah ni tetiba nak pekena sambal belacan, nak taknak kena gagahkan diri ke dapur menumbuk. HAHA, Lepastu letak cili padi bebanyak biar kepedasan dia kita dapat nikmati nanti. Hm nyummy.

Kalau kat kampung Syilah, kat Sabah tu nenek Syilah selalu menumbuk nak buat sambal belacan., Sebab dia tahu cucu dia sorang ni hantu sambal belacan :p

Tapi, dalam kita menikmati keenakan dan kepedasan sambal belacan ni, kita kena ambil langkah berjaga dalam pengambilannya.
Tak boleh makan selalu sebab nenek dengan mama Syilah pernah berkata, nanti tumbuh jerawat HEHE.
Tapi Syilah ni degil :p
So, Syilah nak share serba-sedikit akibatnya.

Akibat Terlalu Banyak Makan Sambal Belacan

1. Insomnia.
 Banyak makan sambal dapat menyebabkan susah tidur kerana makan sambal dapat menaikkan suhu tubuh sehingga tubuh akan berpeluh setelah makan sambal sedangkan pada saat akan tidur suhu tubuh harus turun terlebih dahulu (hindari makan pedas sebelum waktu tidur)

2. Gastrik
Gratrik iaitu penyakit peradangan yang terjadi pada lambung,banyak konsumsi sambal dapat menyebabkan lambung rapuh dan luka dan menimbulkan iritasi pada dinding lambung sehingga mudah terinfeksi.

3.Sakit Perut 
Dapat dirasakan setelah makan sambal perut akan terasa memulas melilit bahkan terasa pedih(pedih itu disebabkan kerana terdapatnya luka pada usus). Hal itu menyebabkan ia mengandung capsaisin yang di produksi oleh tumbuhan untuk melindungi dirinya dari hama.

4. Mengurangi Kepekaan Pada Lidah
Seringnya makan sambal dapat menyebabkan kurangnya kepekaan rasa pada lidah sehingga pengecapan pada rasa berkurang seperti pada rasa manis, masin, pahit dan lain-lain. Ini kerana ia akan menimbulkan iritasi pada kulit mulut dan lidah.


Dan banyak lagi sebenarnya. Rajin-rajinlah buat research tentang kebaikan dan keburukan sesuatu makanan.

Ok, itu sahaja entri Syilah kali ini.
See ya! :)


10 comments:

ros nordin said... [Reply]

Sama..suka sangat makan sambal belacan.. sedapnyee.. telan liur je..
Tapi betul kena jaga kulit sebab tu minum air masak+ lemon lebih2 hehehe..

lyana ishak said... [Reply]

wahhh , nie kalo dmakan dgn nasik panas2 . ikan goreng n ulam .. bley terlajak hehehe

Nurhafizah said... [Reply]

tengok sambal belacan perghhh terliurrrr bak hang :D

Ikaaa said... [Reply]

sedap sambal belacan, yaaaa. saya setuju. saya kuat makan lada. saya rasa saya tahu saya sedng kena akibat yg mana . tq for the info

Farhana Zukri said... [Reply]

suka makan sambal belacan tapi memang kurangkan pengambilan. tak elok makan banyak-banyak :)

+nawzaniruz+ said... [Reply]

eh orang sabah ka?^^

tashira said... [Reply]

kalau yg gastrik tu sy selalu terkena haha sebab sy pun hantu belacan hahaha

adiba rusli said... [Reply]

sedapnyyaaaa. kalau ada ikan masin lagi sedap:) terliur dahh:)

Akim said... [Reply]

Pperghhh.. lama siot x pekena sambal belacan

Liz Juelita said... [Reply]

nice blog, please follow my blog liz-juelita.blogspot.com

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com