Pages

Saturday, January 30, 2016

Sabar Dalam Menghadapi Bala


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"Kesusahan dan kesulitan laksana musim dingin yang basah, lembap serta tidak disukai insan. Tetapi,... sesudah musim sejuk itulah tumbuhnya bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur."

Tiada yang ditelan manusia yang lebih disukai oleh Allah selain daripada 2 perkara, iaitu menelan (menahan) marah dengan kesabaran, dan menelan musibah dengan kesabaran juga. Dan tidak ada titisan yang lebih disukai oleh Allah daripada 2 titisan, iaitu titisan darah dalam memperjuangkan agama Allah dan titisan air mata pada malam yang gelap sambil sujud serta tidak ada yang mengetahui kecuali Allah. Dan tidak ada langkah yang disukai Allah daripada 2 langkah, iaitu langkah menuju sembahyang fardhu dan langkah untuk menyambung silaturahim. Itulah pesan Rasulullah SAW menurut Aban bin Shalih daripada Umar daripada Anas bin Malik RA.

Tajuk post Syilah kali ini "Sabar Dalam Menghadapi Bala" dari kitab Tanbihul Ghafilin.

Apabila kita rasa susah, rasa sempit dengan segala derita, bandingkan kesusahan itu dengan kesusahan yang bakal kita hadapi di akhirat kelak. Derita di dunia ini tiada apa-apa jika dibanding dengan akhirat. Sesungguhnya kesusahan di dunia ini kecil sahaja. Selepas hujan, cerah kembali. Selepas mendung, mentari akan muncul kembali. Semuanya akan hilang dan tidak kekal. Tetapi, di akhirat kelak tiada yang sebegitu.

Di padang mashyar kelak, ada 3 mahkamah yang akan mengadili hamba-hambaNya. Mahkamah satu untuk orang kafir. Di sini dibincangkan azab-azab yang bakal mereka terima. Azab yang paling ringan adalah dipakaikan terompah neraka, lalu mendidihlah kepala mereka. Mahkamah kedua untuk orang Islam yang berdosa dengan makhluk. Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidupnya akan diadili di sini. Walaupun sebesar zarah akan diperhitungkan. Dan mahkamah ketiga untuk orang yang berdosa dengan Allah.

Sesungguhnya kemenangan itu disertai dengan kesabaran. Kita tidak boleh mengeluh dengan ujian Allah kerana hal ini umpama kita tidak redha dengan kesusahan yang Allah beri. Jika kita mengaku beriman dengan Allah, kita mengaku bahawa kita cinta kepada Allah, mana buktinya? Ibaratnya, jika tiba-tiba kamu ditampar oleh seseorang dalam keadaan yang gelap gelita. Ketika itu kamu terasa sakit dan marah sekali, rasa mahu sahaja ditampar kembali orang itu. Kemudian, apabila lampu dibuka, rupa-rupanya yang tampar kita itulah kekasih kita. Marah atau tidak?

Ha, begitulah. Apabila kita tahu rupa-rupanya kekasih kita yang tampar, terus tidak jadi marah. Walaupun terasa sakitnya, kalau boleh ingin suruh dia tampar lagi sekali? Betul tak? Huhu ^^

Begitulah ibaratnya cinta kita kepada Allah. Jika kita benar kasihkan Dia, cintakan Dia, kenapa harus marah apabila Dia beri kita ujian? Kenapa harus bersedih apabila Dia datangkan musibah yang membuatkan hati kita terasa sakit? Bukankah kita perlu bersyukur? Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Dia beri kita ujian kerana Dia mahu kita lebih dekat denganNya. Kerana lumrah manusia ini hanya mencari Allah apabila susah, tetapi apabila senang, terus lupakan Allah.

Moga dalam hati kita selalu ada perasaan sabar itu. Gunakanlah hati untuk berbicara dengan Allah. Berzikir dan ingatlah pada Dia selalu. Sepatah kita sebut perkataan subhanallah, sebesar Gunung Uhud ganjaran yang Allah beri.Itu belum lagi kalimah laa ilaha illallah. Kalimah itu andai ditimbang, ia lebih berat daripada bumi dan segala isinya ini.

Subhanallah.

Thursday, January 28, 2016

A Note To Friends







I learned that it's not the quantity of how many years you may have known someone but it's the quality of your friendship/relationship. I've known people for years and I barely talk to any of them till this day. If someone really wants to be apart of your life, they would make an effort to. Don't be the person who only gets a text when it's beneficial for them or because they're bored. People like that are not worth your time and your time is precious. Be surrounded by people who actually wants to be in your life instead of taking up space. Either come in my life and stay or get left. Simple.

Wherever you are. Please take care of yourself and don't forget for every each of moment that we've been through. 
I love you, Buddyz.


Monday, January 25, 2016

Resepi Aiskrim NyumNyum

Image result for assalamualaikum


Syilah random post je ni. Yes, about aiskrim. Siapa je tak suka aiskrim kan, kan?
Aiskrim yang sangat lazat dimakan bila tengah panas terik mentari.

But, di samping itu kalau korang rajin, korang pun boleh buat aiskrim sendiri. Yes, senang sangat caranya. Dan Syilah pun pernah try buat :)


Aiskrim Vanilla Oreo Handmade by Syilah. Syilah banyak belajar resepi semuanya dari mama Syilah. Seronok belajar benda baru lelagi bab memasak.

Nak try buat? Syilah share resepi dia ok :)

Resepi Aiskrim Vanilla Oreo

Bahan A:
  • 1 1/2 gelas susu cair
  • 1/2 tin susu pekat(ikut kemanisan masing-masing)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
  • 1 paket oreo

Cara-caranya:

1. Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu.
2. Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. 
3. Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas aiskrim dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati.
4. Serbuk-serbuk oreo yang ada, taburkan je atas aiskrim.
5. Masukkan ke dalam freezer sampai beku.


Taraaa! Siap. Bolehlah ngap dan kongsi bersama family tercinta dan orang tersayang :)

Senang kan?  Haa, apa lagi jomlah try buat kat rumah.
If korang nak buat perisa lain selain oreo pun boleh such as strawberi, coklat dan lain-lain. Just gantikan oreo dengan perisa lain je. Simple kan?

P/s:  Cuaca panas ni buat Syilah mengidam nak makan aiskrim.


Aiskirm Crunch. Argh, my fav. Dulu murah je RM1.50 tapi sekarang harga pun dah naik jadi RM1.70. Takpe, demi aiskrim tercinta :p

That's all. See in next entry! 

Friday, January 22, 2016

Apa itu IMS?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum...

Topik kita pada hari ini about LELAKI. Selalu masalah berkenaan perempuan je kan? So hari ini dengan sukacitanya Syilah nak bercerita serba sedikit atau berkongsi mengenai salah satu simptom yang ada pada seorang LELAKI. Haaa, jangan tak tahu selain perempuan yang mengalami PMS, lelaki pun ada tau. 
Jom baca untuk maklumat lanjut!











Seperti biasa bila scroll twitter je mesti terbaca bermacam berita. So, Syilah nak kongsilah kat semua pembaca blog Syilah :)

Antara punca IMS atau Irritable Male Syndrome ini ialah bila mereka stress. Selalunya dikaitkan dengan stress yang kronik. Masalah kewangan, perubahan hormon testeron dan masalah fizikal & spiritual.

Antara simptom mereka ialah:

1: Hypersensitive
2. Anxiety(Kerisauan)
3. Frustation(Kekecewaan)
4. Anger(Kemarahan) -ini adalah simptom yang sangat kerap berlaku, letusan emosi sebegini biasanya adalah tahap kritikal yang selalunya berakhir dengan pentengkaran.

Antara keadaan yang dilalui:

1. Merajuk
2. Melenting
3. Marah-marah
4. Pening
5. Keletihan
6. Berleter (maybe sebab penat telinga nak mendengar kot HEHE :p)


Bagaimana nak atasi? 

Stay cool dan relax. Macamana bila orang perempuan kena PMS, selalunya banyak berehat. Selain itu, carilah coklat. Coklat dapat menaikkan hormon serotonin yang meredakan sindrom PMS. Sebab ia mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan :)

Maklumat tambahan kepada pelajar lepasan SPM 2015:

Kepada pelajar lepasan SPM 2015, boleh lah check markah kokorikulum korang masing-masing di SINI :)



Alhamdulillah, Syilah bersyukur sangat-sangat sebab markah koko Syilah pun memuaskan. Semoga keputusan SPM pun memuaskan. Good luck batch 98'!


Akhir kata, terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Dapatlah kamu semua satu lagi info Kesihatan dari Doktor Syilah :p

Sekian sahaja untuk hari ini.
Bye!







Wednesday, January 20, 2016

Siapa Rashid?

...السلام عليكم


PANAS! Identiti Sebenar Siapa Rashid Jadi Viral Kini Terbongkar... MENGEJUTKAN!!

Sumber gambar di atas: MediaPenMerah


Mesti ramai dah sedia maklum dengan berita tergempar pasal statement 'Siapa Rashid?" dan lebih mengejutkan berita pasal ni telah pun keluar di Berita TV3. Bahkan ada yang mengatakan "Takde berita lagi penting ke dari cerita ni?"

Tapi, korang mesti tertanya-tanya siapa sebenarnya di sebalik nama Rashid ini kan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kami ucapkan pada semua yang follow page Jadilah Seperti Rashid. Kami cipta page ini tak sampai 50 jam lagi tapi likers sudah mncecah 200k. Terima kasih Astro Awani, MalaysiaKini, para Admin page bersekutu (Siakap Keli i love u), para blogger dan semua individu yang follow kehidupan seorang Rashid.

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa pilih nama Rashid? Okay, Rashid atau Murshid adalah perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud petunjuk jalan. Kami perasan banyak sangat orang kita hari ni melakukan aktiviti harian dengan cara yang salah. Kami akan cuba betulkan melalui mesej yang disampaikan dalam bentuk gambar ringkas.

Ya kami sebagai Muslim tahu contoh terbaik adalah Rasulullah, tapi selagi apa yang Rashid buat tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah, apa salahnya?

Kami akan terus post dan post walaupun korang semua jemu. Kahkahkah! Kami bukanlah Rashid, dan Rashid bukanlah kami. Kami hanya mengajak kita semua untuk Jadilah Seperti Rashid.

Sumber : Facebook Jadilah Seperti Rashid

Haa apa yang lagi melucukan Syilah scroll twitter lepastu ternampak benda ni.


HAHAHAHAHA. Syilah gelak guling-guling bila baca ni. HAHAHAHA. So, kesimpulannya kadang-kadang statement ni memang bagi pengajaran kat semua lapisan masyrakat di samping dijadikan bahan jenaka.

Malaysia ni memang pandai dalam bab-bab macam ni. Kreatif sangat!
Dahlah Syilah peminat Kwang Soo. Lagi-lagi tengok lawak dia dalam variety show Running Man. 
Walaupun dia macam tu but he is good looking. Dia model tu beb! xD

So, sekian sahaja entri merapu dari Syilah.

See ya in next post! :)







Tuesday, January 19, 2016

Segmen Blogwalking by Nurnbla (January)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


 Klik Sini
Klik banner di atas untuk sertai.
Marilah kita memeriahkan segmen ini dengan penyertaan dari kamu semua.
Selamat bersegmen! :)
Tag: Aida & Opi

Monday, January 18, 2016

6 Tips Useful For Choosing Someone You Love


Image result for hello



1. Don’t date a boy who cancels plans last minute. Especially if he’s canceling for someone else. You are not a second choice. You are not a third choice. You are a first choice or you are nothing to him. Do you understand me, baby? You are worth so much more than that, don’t let him push you around.
2. If he’s rude to you, drop him. I don’t care how many times he says “just kidding” or “baby, I didn’t mean it” you keep your head up, your shoulders straight, your chin high and you demand to be treated as the goddess you are. 3. If he doesn’t hold your hand in front of his friends or wrap his arms around you when you’re with his family then he isn’t worth it. Date someone who can’t keep their hands off of you. Date someone who aches with the need to feel your skin on theirs. 4. Make sure he has goals, aspirations, dreams. Make sure he has a plan of some sort. If he doesn’t have any of those what are you guys supposed to talk about? What are your 2 AM conversations going to look like? 5. Find out his hobbies and interests and make sure they’re similar to yours. If you want to travel, date someone who will drop what they’re doing just to take you on a random adventure. You don’t want to be stuck with someone who’s idea of a good night is sitting on his futon with cheesy Dorito fingers while you watch him play video games. 6. If your brother doesn’t like him or if he rubs your sister the wrong way, trust their instinct. There’s probably a reason. I can guarantee you, darling, if you bring him home and we can see in his eyes that you light up his entire world than we will love him just as much as you do.

Ena nak URL BLOG!

Image result for assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim...
Seperti yang tertera banner di atas, marilah kita semua para blogger join segmen ini bagi memeriahkan dan mengeratkan silaturahim antara kita semua. 
Selamat bersegmen semua! :)
TARIKH TAMAT: 31 JANUARI 2016

Monday, January 11, 2016

Mencari Ilham

Image result for bismillah
Assalamualaikum...

Sambil berkhayal di restoran Pizza Hut, sambil mencari ilham.
Ilham untuk apa?
Ilham untuk merangka ayat dalam sebuah penulisan :)
Ye, sekarang ni Syilah baru nak berjinak dalam menghasilkan sebuah buku novel. Hm, tapi entahlah. Idea berlambak dalam kepala otak ni, cuma nak meluahkan, nak terjemahkan dalam penulisan agar nampak menarik susah sedikit. 
Idea melimpah luah tau, banyak plot, klimaks semua tu ada cuma susunan idea je tak pandai. Kena pandai olahkan.
Terfikir nak menghasilkan sebuah novel sebab yelah sambil menunggu results SPM, nak buat somethinglah. Takkan tak buat apa-apa selain kerja. Kekadang banyak masa yang ada, time tu lah idea nak menulis tu datang serta-merta. Kekadang tu juga bila dah menulis, tersekat pula.

Idea Syilah seperti di dalam sebuah kotak pizza. Bila buka, banyak. Bila tutup, segala isi yang ada turut tertutup juga. Huhu

Oh ye, tambahan pula sekarang ni Syilah dah busy sikit. So, nak balas kunjungan korang yang singgah blog Syilah pun tak menyempat. Kalau ada masa, Syilah akan balas.

See ya in next post. Insha Allah :)



Monday, January 4, 2016

Sambal Belacan

Image result for assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim...


Selamat kembali ke alam persekolahan sesi 2016 bagi yang masih bersekolah dan Selamat Bekerja bagi yang bekerja di luar sana.

TikTokTikTok...
Lagi 2 bulan sahaja lagi keputusan SPM bakal keluar. Moga-moga segala usaha kita selama ini membuahkan hasil.



Ok, entri Syilah kali ini agak merapu sedikit mengenai Sambal Belacan :p
Kenapa Syilah nak cerita pasal Sambal Belacan?
Well, ada kisah di sebaliknya. HEHE


SAMBAL BELACAN
>Merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam.
>Pada amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama belacan, garam, dan sedikit gula.
>Boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya.
>Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar.
>Juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa.

       Siapa kat sini suka sambal belacan? Tak Melayu lah kalau korang tak suka kan, HEHE. 
Syilah dari kecil memang hantu sambal belacan lah. Kalau ada lauk sambal belacan, memang TRIPLE nasi dia hingga menjilat jari. NyumNyum. 

Kalau tekak Syilah ni tetiba nak pekena sambal belacan, nak taknak kena gagahkan diri ke dapur menumbuk. HAHA, Lepastu letak cili padi bebanyak biar kepedasan dia kita dapat nikmati nanti. Hm nyummy.

Kalau kat kampung Syilah, kat Sabah tu nenek Syilah selalu menumbuk nak buat sambal belacan., Sebab dia tahu cucu dia sorang ni hantu sambal belacan :p

Tapi, dalam kita menikmati keenakan dan kepedasan sambal belacan ni, kita kena ambil langkah berjaga dalam pengambilannya.
Tak boleh makan selalu sebab nenek dengan mama Syilah pernah berkata, nanti tumbuh jerawat HEHE.
Tapi Syilah ni degil :p
So, Syilah nak share serba-sedikit akibatnya.

Akibat Terlalu Banyak Makan Sambal Belacan

1. Insomnia.
 Banyak makan sambal dapat menyebabkan susah tidur kerana makan sambal dapat menaikkan suhu tubuh sehingga tubuh akan berpeluh setelah makan sambal sedangkan pada saat akan tidur suhu tubuh harus turun terlebih dahulu (hindari makan pedas sebelum waktu tidur)

2. Gastrik
Gratrik iaitu penyakit peradangan yang terjadi pada lambung,banyak konsumsi sambal dapat menyebabkan lambung rapuh dan luka dan menimbulkan iritasi pada dinding lambung sehingga mudah terinfeksi.

3.Sakit Perut 
Dapat dirasakan setelah makan sambal perut akan terasa memulas melilit bahkan terasa pedih(pedih itu disebabkan kerana terdapatnya luka pada usus). Hal itu menyebabkan ia mengandung capsaisin yang di produksi oleh tumbuhan untuk melindungi dirinya dari hama.

4. Mengurangi Kepekaan Pada Lidah
Seringnya makan sambal dapat menyebabkan kurangnya kepekaan rasa pada lidah sehingga pengecapan pada rasa berkurang seperti pada rasa manis, masin, pahit dan lain-lain. Ini kerana ia akan menimbulkan iritasi pada kulit mulut dan lidah.


Dan banyak lagi sebenarnya. Rajin-rajinlah buat research tentang kebaikan dan keburukan sesuatu makanan.

Ok, itu sahaja entri Syilah kali ini.
See ya! :)


Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com