Syilah random post je ni. Yes, about aiskrim. Siapa je tak suka aiskrim kan, kan?
Aiskrim yang sangat lazat dimakan bila tengah panas terik mentari.
But, di samping itu kalau korang rajin, korang pun boleh buat aiskrim sendiri. Yes, senang sangat caranya. Dan Syilah pun pernah try buat :)
Aiskrim Vanilla Oreo Handmade by Syilah. Syilah banyak belajar resepi semuanya dari mama Syilah. Seronok belajar benda baru lelagi bab memasak.
Nak try buat? Syilah share resepi dia ok :)
Resepi Aiskrim Vanilla Oreo
Bahan A:
- 1 1/2 gelas susu cair
- 1/2 tin susu pekat(ikut kemanisan masing-masing)
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan B:
- 1 paket oreo
Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu.
2. Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja.
3. Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas aiskrim dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati.
4. Serbuk-serbuk oreo yang ada, taburkan je atas aiskrim.
5. Masukkan ke dalam freezer sampai beku.
Taraaa! Siap. Bolehlah ngap dan kongsi bersama family tercinta dan orang tersayang :)
Senang kan? Haa, apa lagi jomlah try buat kat rumah.
If korang nak buat perisa lain selain oreo pun boleh such as strawberi, coklat dan lain-lain. Just gantikan oreo dengan perisa lain je. Simple kan?
P/s: Cuaca panas ni buat Syilah mengidam nak makan aiskrim.
Aiskirm Crunch. Argh, my fav. Dulu murah je RM1.50 tapi sekarang harga pun dah naik jadi RM1.70. Takpe, demi aiskrim tercinta :p
That's all. See in next entry!
1 comment:
scya dah pernah try dah yg ni.
ummph !
Post a Comment