Pages

Sunday, February 7, 2016

Apa Itu TechnoStress?




Tidak dinafikan gajet memudahkan kehidupan kita semua, kan? Tapi, kita juga mesti sedar, 
setiap yang dicipta itu pasti ada baik dan buruknya. Jika tidak
kena caranya, gajet-gajet ini bukan
memudahkan malah mendatangkan stres lagi!


APA ITU TECHNOSTRESS?

Syilah percaya ramai daripada kita semua yang tak tahu lagi apa itu
technostress. Okay, menurut Craig Brod, penulis buku Technostress: The Human Cost of the Computer Revolution:
"Technostress is a modern disease of adaption caused by an inability
to cope with the new computer technologies in a
healthy manner."

Maknanya, technostress terjadi akibat tekanan yang
dihadapi oleh seseorang kerana tidak mampu
mengikuti perkembangan dan
mengoperasikan pelbagai jenis teknologi
yang bergerak terlalu pantas sekarang. Boleh jadi juga
kita terlalu bergantung kepada teknologi-teknologi
ini sehingga boleh mendatangkan stress.

Kalau ibu bapa dan orang-orang sebelum kita
terkena technostress sebab tak dapat catch up perkembangan
teknologi dan mengoperasikan pelbagai
gajet yang semakin canggih, kita
pula terkena technostress sebab tak boleh
hidup tanpa teknolgi dan
gajet-gajet canggih. Ha,
macam mana tu?

Perhatikan saja gaya hidup remaja
sekarang kalau tak percaya. Kadang-kadang
berbelas-belas jam dihabiskan untuk BBM, chatting, browsing dan
main games di peranti-peranti macam PC,
XBOX, Playstation dan macam lagi.
Jaga-jaga! Gaya hidup begini
amat bahaya untuk kesihatan
kita semua.


SIMPTOM-SIMPTOM
TECHNOSTRESS

Hidup pada zaman moden ni, kemahiran multitasking adalah
satu kemestian. Dan teknologilah yang
menterjemahkan semuanya menjadi
kenyataan. Walau
bagaimanapun, jangan sampai
teknolgi-teknologi ini
menghimpit kita semua.
Jika tidak, inilah yang akan
kita semua hadapi:

-Gelisah
-Sakit kepala berpanjangan
-Lelah mental
-Mudah panik
-Sukar tidur
-Mengalami mimpi buruk
-Mudah putus asa
-Frustasi
-Depresi

Menakutkan? Memang benar, terlalu banyak masa yang
dihabiskan dengan teknolgi
akan mengundang negatif kepada kita semua.
Tapi jangan risau,
untuk yang belum terkena atau sudah terlanjur
dengan technostress, ini yang boleh
dilakukan oleh kita semua.


BUAT YANG 
BELUM TERKENA

Lakukan aktiviti tanpa teknologi
~Bukan bermakna kita kembalu ke zaman
pra-sejarah tau. Cuma, cuba ubah cara hidup kita
yang terbiasa dengan komputer,
kepada cara hidup yang
lebih sihat.
Contohnya, daripada menghabiskan masa dengan
BBM, chatting, Twitter, Facebook dan
lain-lain, lebih baik kita semua
keluar dan berjumpa kawan-kawan
secara langsung. Tentu ia lebih
baik daripad dunia maya.
Ataupun, lakukan aktiviti personal lain
yang tidak melibatkan teknolgi
seperti membaca novel, bersiar-siar,
berkelah dan mengemas.
Banyak tumpuan sudah teralih
akibat teknolgi, jadi
sesekali kita perlu menujukkan
sikap ego juga
kepada teknolgi tersebut ^^

BUAT YANG
SUDAH TERKENA

Bekerja dengan cara manual
~Jika kita sudah terbiasa bekerja dan hidup
dengan teknolgi, keadaan seperti
gajet atau laptop rosak atau
putus bekalan elektrik pasti mendatangkan
kerungsingan. Jangan panik!
Selesaikan kerja kita itu dengan
menulis point-point di atas sehelai
kertas. Bila semuanya sudah kembali tenang,
tugasan korang akan menjadi
lebih cepat siap.

Bertanyalah dengan
yang pakar
~Jika stres yang kita alami itu sudah
mencapai kemuncaknya dan tidak boleh diubati
dengan cara-cara seperti di atas.
Syilah cadangkan korang semua
menambil konsultasi dengan pakar.
Sebagai contoh, guru kaunseling
atau pakar psikologi untuk mengelak stres
korang menjadi lebih buruk.
Sudah tentu mereka lebih arif
dalam bidangnya dan mempunyai
terapi yang
bersesuaian dengan masalah
kita semua.

"Technology was made to make our
life simpler,
not the other way around."

6 comments:

Cahaya Kebaikan ♥ said... [Reply]

Nice entry! :)

Puj P said... [Reply]

woooah
thank for posting this kind of post.
Since It's part of my major practice ^^

You pro!

Mia Liana said... [Reply]

baru tahu ni.... thanks..

Scya Lollita said... [Reply]

tak dinafikan sedikit sebanyak akan terkesan dengan teknologi zaman kini T.T

Nadratul Syazwana said... [Reply]

Mesti ramai yang alami TechnoStress sekarang ni tanpa sedar haha TT_TT

Nabila Syifa said... [Reply]

its a good entry dear!

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com