Pages

Friday, March 4, 2016

All Is Done!




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Akhirnya teka-teki keputusan SPM Syilah dah diketahui. Alhamdulillah lulus dengan jayanya. Banyak yang menaik. Syilah bersyukur sesangat. 
Mungkin lepas ni blog ini akan kembali sunyi sepi tak berpenghuni hehe. Al-maklumlah sibuk nak mencari ke mana hala tuju nak sambung belajar.
Kepada batch 1998, TAHNIAH kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang.
Dan kepada yang tak seberapa keputusannya, masih banyak lagi peluang anda di luar sana. Rezeki masing-masing.


Kami berlima lulus dengan jayanya. Memasing ada A dan full of credit. Tak sesia usaha kami selama ini. Alhamdulillah sangat!


Photo credit: Atiekah Samsu :)

Lepas kami semua amik results, terus ke warung Cendol Hawa. Basahkan tekak dan lepak. Maklumlah bukan selalu lepak bersama. Memasing busy kerja.


Tak cukup dengan cendol, kami singgah ke sebuah restoran. HAHA. I don't know why semalam memasing macam kelaparan. Kami makan non-stop jugalah :p


Baju putih tu guru kelas saya dan mengajar Sains Sukan. Cikgu Nai namanya.
Tahniah semua mendapat keputusan yang cemerlang!



Tahniah juga kat classmates Syilah. 5 Cendekia. Thank you for this amazing 2 years we have being through up and down. Semua lulus dengan cemerlang. Even tak semua ada dalam gambar ni. Moga kalian berjaya di luar sana!


Cuma nak cakap. Semoga kalian semua berjaya di masa hadapan. Jangan berhenti mencari ilmu dan berjaya mencapai impian memasing. Terima kasih untuk semuanya dan semoga ukhuwah kita terjalin hingga akhir hayat. Insha Allah!

Tak dilupakan terima kasih tak terhingga kepada guru-guru yang mengajar Syilah selama ini. SMK DAMANSARA DAMAI 1, Pusat Tuisyen Sinaran Damansara Damai dan rakan-rakan yang banyak membantu sehingga Syilah berjaya!

Ok. Sampai sini sahaja. Jumpa di next entri!
Chaw ya!

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com