Pages

Friday, April 8, 2016

D-day That I Won't Forget Ever



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Assalamualaikum semua! 

Entri kali ini Syilah terlalu bersemangat nak update sebab nak berkongsi cerita! Hehe ^^
Pada 6 April yang lalu, which mean 2 hari yang lepas, Syilah and geng-geng Syilah ni bercadang nak keluar lepak. Kami ni bukan apa. Dari bulan 3 bercadang nak keluar tapi asyik cancel. So bulan ni baru jadi nak berkumpul ramai semua tu. Yelah mana tidaknya sorang busy kerja and so on.
Alhamdulillah, apa yang kami plan nak keluar akhirnya menjadi. Yabedabeduuuu!

Syilah ingat hari itu kami just berjalan and makan-makan je. Well, geng Syilah ni perut semua perut puaka xD Semua kuat makan termasuk Syilah :p

So, bermula lah satu cerita ni si Azleena ni asyik dok cakap nak pi tandas je. Cari punya cari tandas, dia pi singgah kedai Secret Recipe dengan Wina. Syilah, Atiekah dengan Mona pergi lah tempat lain sebab malas kan nak menunggu :p

Masa tu serious tak fikir apa, buat apa dorang kat kedai tu kan. Sampailah kami ke satu destinasi di mana Restoran Dip & Dip menjadi pilihan kami. Heaven coklat katakan ^^
Order lah menu bagai. Air Syilah order Mocha Frappe tu serious sedap. Rasa macam nak tambah lagi! *serious talk

Well, okay ni part paling best. Tiba-tiba lagu yang berkumandang kat dalam restoran tu berhenti, dengan lampu terpadam ecehhh. Suspens juga ni. Ingat nak marah pekerja sana HAHAHAHA.

Tiba-tiba.....

Lagu Happy Birthday berkumandang satu restoran dengan dorang bawa kek comel ada lilin atas tu. Serious ya Allah terharunya! Kenapa Syilah terharu? Sebab seumur hidup Syilah tak pernah sambut birthday yang se-meriah ni. Yelah lagi-lagi dengan orang tersayang.


Ye tahu birthday Syilah dah lama berlalu but still mereka-mereka ni nak sambut juga. Siapa je tak terharu hmmmmm. Tapi Syilah sambut serentak dengan kawan Syilah, Atiekah hehe. Btw, si Atiekah ni birthday dia dulu, so dia kak Long bagi geng kami semua:p


Ta-daaaa! Marshmallow Crepe katanya.


Inilah mereka. Orang-orang yang sampai sekarang di samping Syilah. Betullah orang kata, selepas keputusan SPM keluar, kita boleh tengok siapa sebenar-benarnya sahabat kita. Yang pergi dan datang. But mereka inilah yang tak pergi jauh malah makin dekat.


Well, setiap group ada nama masing-masing right? Same goes to my group. 
COKLAY COKLETO.
Dari mana tercetusnya nama group ni? Haha, ni nak cerita ni. 
Masa tu malam hari sebelum kepututusan SPM keluar, kitaorang ni bising-bising lah nak pakai baju apa. Formal ke kasual. Pastu si Azleena ni pun kuat typo dalam group. Ni cadang kami semua pakai baju warna coklat. Coklat tu jadi coklay. HAHA, since that day kami guna nama tu until sekarang. Cokleto tu hanya tambahan je plus semua suka makan coklat. I think so HAHAHA.
Agak pelik tapi tulah yang mengukuhkan ikatan silaturahim kami berlima.


Dapat belon, dapat present, dapat kek. Haiyaaa thank you so much!
Seriouslah Syilah cakap impian bila menjelang birthday kita apa yang kita nak. And now alhamdulillah umur 18 tahun ni baru dapat merasa. Tanpa dorang ni entah bila lah dapat merasa semua ni :p


Ala air tu sedap sangat. Mocha Frappe + Marshmallow Crepe.


Nak tau mana Azleena? Ha yang berdiri tetengah tu. Perangai dia ni paling kebudakan sikit tapi comel HAHAHAHA :D



Ni Wina. Orang kata ni kawan paling rapat, paling sengal, paling ughhhh lah.


Sabtu minggu depan dia dah daftar diri masuk PICOMS bahagian Fisioterapi. Hmmm sedih sangat tapi itu yang dia minat dari dulu kami belajar Sains Sukan bersama. Actually, Syilah pun dapat tapi Syilah tolak sebab Syilah minat benda lain huhu. Good luck, Tieka!


Angka 18 bukanlah segalanya. It's just a beginning.
Candid photo by: Mona


Pergi memana dengan dorang pegang belon ni mesti orang cakap, "Happy Birtday." But, antara berlima birthday siapa pada hari itu? HAHAHAHAHA *evil laugh


So, inilah cerita dia. Dari pagi sampai lewat petang kami lepak. Rasa kalau boleh nak lama lagi. Bila lagi nak lepak lama macam ni kan?

Terharu dengan apa yang mereka buat. Terima kasih Mona, Wina dan Azleena yang dah korang buat pada hari tersebut dekat i and Tieka. Lots of love. Muahhh!

Semoga ukhuwah persahabatan kita terjalin erat hari demi hari. Good luck in future. Belajar elok-elok. Moga Allah s.wt. merahmati hubungan kita semua.
Insha Allah.

Terima kasih sudi baca sampai habis entri Syilah yang panjang berjela kali ini :)















2 comments:

The Mawar said... [Reply]

It's not too late to wish you a happy birthday aight? :D May Allah bless you always ^^

Tedi said... [Reply]

ya... hepi bday :)

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com