Pages

Thursday, April 21, 2016

Review Movie Taiwan: Our Times


Hai semua!

Kali ni Syilah nak story pasal satu movie ni Syilah baru layan semalam. Ya Allah seronok sangat movie ni. Tengah free kan so Syilah manfaatkan masa dengan layan movie. 
Kaki movie macam Syilah ni of coz lah kena layan en.
Even movie ni last year ditayangkan but tahun ni baru Syilah dapat tengok huhu.
Memang tak rugi sebab meleleh juga air mata Syilah layan.





Movie ni mengisahkan kisah seorang gadis bernama Truly Lin yang mengimbau 18 tahun dahulu dia di sekolah menengah. Masa tu dia buka lagu Andy Lau dan bermulalah kisah hidup dia. Truly Lin ni tertarik sangat dengan seorang jejaka nama dia Ouyang Fei Fan yang sangatlah popular kat sekolah tu.

Satu hari si Truly Lin dia dapat surat berantai kat bawah meja dia. Well, zaman dulu kalau kita dah baca surat berantai orang kata akan mengakibatkan kecelakaan dan sebagainya. So, dalam cerita ni Truly Lin percaya.
First surat berantai tu dia bagi kat cikgu dia mengajar Matematik.
Second, dekat Hsu Tai Yu. Kira lelaki ni ketua segala gengster lah kat sekolah tu. The reason dia buat surat kat Tai Yu sebab dia ternampak Tai Yu ni macam nak bergaduhlah dengan Ouyang ni.
Last surat dia bagi kat seorang perempuan ni hot jugalah kat sekolah tu, nama dia MinMin.
So, bermulalah episod Truly Lin dengan ketua gengster tu, Tai Yu.




Ha nilah Truly Lin and Hsu Tai Yu. Tetiba bila Syilah layan movie ni Syilah minat kat Tai Yu sebab senyuman dia auchhh menggoda

Dorang jadi kawan sebab dorang ni tawan lelaki dan gadis yang mereka suka. Truly Lin suka kat Ouyang. Tai Yu pula suka kat MinMin.
Well, biasalah lepas lama-lama berkawan akhirnya jatuh cinta. Dorang berdua ada perasaan antara satu sama lain but dorang pendam.

Yang paling tak tahan, bila si MinMin ni luah perasaan kat Tai Yu kat atas bumbung sekolah. Masa tu si Truly Lin ada. Part ni yang tak tahan sampai mengalir air mata. Truly Lin ucap tahniah sambil menahan sebak di dada huhuhuhuhuhu sedihnyaaaa.



Ni lah antara pelakon yang banyak main peranan.
Syilah taknak cerita lelebih nanti spoil pula ehehe.
Kira ni serba sedikit sinopsis lah.


Masa ni si Truly Lin dah jadi cantik ehehe. Comel je ^^


Jomlah layan movie ni. Serious tak rugi. 
Syilah tengok online je sebab cepat berbanding download ni. Lepas dah habis tengok masih lagi terbayang-bayang, tak boleh move on beb.

Klik sini, movie Our Times.
Selamat menonton!











3 comments:

Fieyqa Adelova said... [Reply]

wahhhh our times <3 suka gila cerita ni! best kan... huuu ada bf bad boy boleh protect kekekekeke

leya yeolly said... [Reply]

wahh mcm best je. nak tengok laa nanti

aienie NKA said... [Reply]

88 kali tengok pun xjemu... :D

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com