Pages

Sunday, August 28, 2016

Cara Memujuk Hati Sendiri


Assalamualaikum...

Ok-ok, sedar salah silap kat mana. Maafkan saya sudah lama sangat tak update blog ini. Kekangan masa plus mood yang malas pun ada juga hehe. 
Terfikir nak share satu benda kat semua. Moga ambil pedoman ye.

Kebiasaannya, kita berusaha untuk memujuk hati orang lain tapi sebenarnya hati sendiri masih rasa terseksa. Tidak salah untuk memujuk hati orang lain, tapi jangan lupa untuk pujuk hati kita. Sensitifnya hati sehingga mudah terasa, terusik, dan tersentuh. Sifat manusia ingin dipujuk. Tapi siapakah yang berada di sisi kita selama 24 jam setiap hari?
Hanya diri sendiri sahaja yang tahu betapa peritnya di hati.

Tidak semua manusia boleh berada di sisi kita selama 24 jam. Hanya Allah S.W.T sahaja yang bersama dengan kita pada setiap waktu. Syilah nak share beberapa tips untuk memujuk hati termasuklah peringatan untuk diri sendiri juga.Tipsnya adalah:

Iman
~Melalui iman yang ada dalam diri kita boleh menjadi lebih rasional, tenang, dan mampu memujuk hati sendiri. Jagalah solat dan banyakkan lah berzikir.

Muhasabah diri
~Imbas kembali apa yang berlaku pada kehidupan. Mungkin kita rasa macam ini kerana kita masih melakukan kesalahan itu dan ini. Oleh itu, jauhi yang negatif agar hati ini lebih mudah dipujuk.

"Saya kuat"
~Motivasi kan diri anda sendiri. Jika anda suka menulis, maka menulislah ayat yang memberi kekuatan. Jika anda mempunyai Facebook, Twitter atau Instagram, maka tulislah ayat kebaikan. Biarlah ia menjadi sumber kekuatan anda sendiri.

Menangis
~Menangislah jika rasai ingin menangis. Tidak perlu pendam. Luah‘kan sahaja apa yang ada dalam diri

Tidak lari dari masalah
~Hadapilah masalah tersebut. Tempuhlah dengan penuh kesabaran kerana lari dari masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah

Sayangi diri sendiri
~Masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhi pada masa akan datang. Oleh itu, jangan berterusan menyakiti hati sendiri. Tapi, pujuklah hati bahawa saat manis yang diinginkan pasti akan tiba. Hanya perlu sabar.
Jangan putus asa
Teruskan sahaja kehidupan dan bergembiralah.

1 comment:

YumeeDream said... [Reply]

"Saya kuat" "Saya kuat" "Saya kuat"

Nice sharing sis :)

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com