Pages

Sunday, November 6, 2016

Kiamat



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Harini Syilah nak share kat korang semua mengenai Kiamat sebab semalam sampai 1-2 pagi Syilah baca Jack tweet live pasal Kiamat. And I think bagus untuk share kat semua :)

Sumber gambar: Twitter

Topik kiamat, tapi kenapa ada gambar mayat?
Sebab yang paling dekat dengan kita bukanlah kiamat, tapi kematian.
Kematian merupakan kiamat kecil bagi kita.

Manusia sentiasa alpa, sentiasa lupa. Oleh sebab itu, kita kenalah sentiasa berpesan-pesan.
Sambil berpesan pada orang lain, boleh juga jadi peringatan buat diri sendiri.
Jika ada kebaikan dalam perkongsian ni, ambillah khazanah imu daripadanya.

Ada orang tanya,

"Siapa makhluk sebelum Adam?"

Antara buku yang bercerita tentang topik ni ialah buku tulisan Muhammad Isa Dawud bertajuk,
"Penduduk Bumi Sebelum Kita."
Dalam buku MID, para ilmuwan berpendapat, bumi wujud 1000 juta tahun yang lalu.

Tapi, itu tidak bermakna kehidupan di bumi bermula sejak awal kewujudan bumi. Ada beberapa fasa.
Ada fasa di mana bumi langsung tidak ada penduduk atau kehidupan.
Kemudian, ada fasa awal kehidupan, pada fasa awal ni, manusia masih belum wujud. Makhluk lain yang terlebih dulu menghuni bumi.
Manusia pertama muncul di muka bumi hanya selepas kebinasaan makhluk sebelumnya. Makhluk yang kita tak pernah jumpa.

Persoalannya, apakah makhluk itu?

Persoalan tentang makhluk sebelum Adam ni masih lagi menjadi pertikaian. Banyak pendapat.
Ada yang berpendapat, bentuk fizik makhluk tu seperti manusia. Bezanya mereka tidak diberi keupayaan akal.
Kalau ikut sumber israeliyat pula, mereka ialah bangsa Jan.
Kalau ikut satanic bible tulisan Anton Szandor Lavey, mereka ialah keturunan lucifer (Azazil)
Kita tutup pasal makhluk sebelum Adam tu, nanti meleret-leret panjang.

Sedar atau pun tidak, kita sekarang sebenarnya berada dalam suasana kemelut.
Dunia Islam tidak mempunyai pemimpin yang dapat menyelesaikan krisis & menentukan agenda dengan cara yang baik.
"Pada akhir zaman, akan muncul seorang khalifah yang akan membahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya."
-R. Muslim

Era pemerintahan kenabian telah lama berlalu. Kemudian diganti dengan pemerintahan khalifah ar-Rasyidin.
Selepas tamat era khalifah ar-Rasyidin, dunia digantikan dengan era fitnah. Diperintah secara warisan.
Selepas itu muncul pula era pemerintahan diktator.
Selepas pemerintahan diktator, baru muncul era pemerintahan khalifah yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian.

Sebelum kiamat, ada 5 era.
1) Kenabian.
2) Khalifah Ar-Rasyidin.
3) Warisan.
4) Diktator.
5) Khalifah mengikut manhaj kenabian

Kita sekarang berada di era ke berapa?
Ya, kita sekarang berada di era diktator.

Menurut riwayat Muslim tadi, akan muncul satu zaman di mana akan datang seorang khalifah (pemimpin) yang adil.
Zaman ini berjalan mengikut manhaj kenabian, iaitu bentuk dan pendekatan yang sama dengan zaman kenabian.
Zaman ini dikenali sebagai zaman kebangkitan semula. Pemimpin para era ini akan memakai gelaran khalifah.
Dia bukan sekadar pemimpin sebuah negara, tapi pemimpin seluruh umat.

Abdullah bin Mas'ud memberitahu bahawa Nabi S.A.W ada bersabda,
"Apabila umur dunia ini berbaki sehari, Allah akan panjangkan hari tersebut..."
"Pada hari itu, seorang lelaki dari keturunanku (Muhammad S.A.W) akan diutuskan."
"Namanya seperti namaku (Muhammad) & nama ayahnya sama seperti nama ayahku (Abdullah)."

Keempat-empat era yang disebut tadi semuanya sudah berlalu, hanya tinggal era ke 5 belum berlaku.

Kata Jack, beberapa hari yang lalu, ada seseorang whatsapp, minta pandangannya mengenai politik tempatan. Dia merupakan pengundi baru.
Sejujurnya, Jack berkata dia tak nampak ada pemimpin yang betul-betul layak memimpin.
Bukan saja di peringkat domestik, malah diperingkat global pun kita masih belum ada pemimpin yang betul-betul mampu memimpin seluruh ummah.
Semua individu ada kepentingan masing-masing.
Kita tengok time kenaikan elaun je pun dah tahu hati masing-masing macam mana.
Itu wajah sebenar mereka.

Kita benar-benar tidak ada tokoh alternatif yang dapat menyelesaikan krisis yang dialami ummah.

Era kekhalifahan, adakah ia akan berlaku semasa hayat kita?

Dajjal hanya akan muncul selepas kebangkitan khalifah.
Kemudian barulah muncul Yakjuj & Makjuj. Seterusnya barulah tanda-tanda kiamat yang lain berlaku seperti matahari terbit dari barat.

Kronologi dia begini,
- Al Mahdi
- Dajjal
- Nabi Isa
- Yakjuj Makjuj
- Matahari terbit dari Barat

Tanda-tanda lain seperti kemunculan Dabbu Al Ardh, asap yang menggelapkan bumi, api dari Teluk Aden.
Akhir sekali, baru sangkakala.

Ok, itu baru introduction. Jack menghuraikannya lagi dengan satu persatu mengikut kronologi. Last sekali pasal kematian kita.

Tunjang keimanan, beriman kepada;
- Allah
- Malaikat
- Rasul
- Kitab
- Hari Kiamat
- Qada' & Qadr

Sebagai seorang Muslim, kita wajib percaya bahawa kiamat akan terjadi.
Sebelum kiamat terjadi, terdapat beberapa tanda. Tanda kecil & tanda besar.

Dalam surah Al-Anbiyaa ayat pertama,
"Telah hampir datangnya hari perhitungan amal, sedang mereka dalam kelalaian..."
"Telah hampir saat (kedatangan Kiamat) dan terbelahlah bulan."
-Surah Al-Qamar ayat 1

Umum tahu bahawa, pada zaman Nabi, ada kejadian di mana bulan terbelah dua.
Maknanya kiamat sudah hampir. Tetapi tiada siapa yang tahu bila masanya. Kita hanya diberi tanda-tanda sahaja.

Kenapa hari Kiamat tidak diberitahu dengan jelas, bila masa ia akan terjadi?

Jawapannya ada dalam surah Thaahaa ayat ke 15,
"Sesungguhnya hari Kiamat tetap akan datang..."
"...Aku sengaja sembunyikan masa datangnya (Kiamat) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan."
-Surah Thaahaa, 15

Perutusan Nabi penutup zaman iaitu Muhammad al-Amin sebenarnya merupakan tanda dunia berada di penghujung usia.

Tanda-tanda kiamat yang lain ialah,

"Orang dungu dilantik sebagai pemimpin."
Maksud orang dungu itu merujuk kepada pemimpin yang mempunyai intelektual (dalam bidang agama) dan akhlak yang rendah.

Tanda kecil kiamat yang lain ialah,

"Orang miskin menginap di kediaman mewah."

Faham maksud dia?

Maksud ayat tadi ialah orang yang berasal dari pendalaman mula tinggal di kediaman mewah. Situasi ni boleh lihat di mana-mana saja.

Paling jelas ialah di Dubai. Satu ketika dulu mereka sangat miskin. Dalam sekelip mata, keadaan mereka berubah.

Tanda kiamat yang seterusnya ialah perzinaan yang berleluasa di dalam rumah persendirian.

Mereka melakukan zina seakan-akan ia perbuatan yang halal. Tiada sedikit pun rasa berdosa.

Tidak akan terjadi kiamat sehingga seorang isteri memperolehi nafkah (batin) dari ramai lelaki (curang).

Tanda kiamat lain ialah apabila salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenali saja.

"Antara tanda kiamat telah hampir adalah... masa menjadi singkat..."
-R. Ibn Hibban

1 tahun rasa macam 1 bulan.
1 bulan rasa macam 1 minggu.
1 minggu rasa macam 1 hari.
1 hari rasa macam 1 jam.
1 jam rasa macam 1 minit.

Kesibukan dengan urusan harian membuatkan kita rasa macam masa berlalu dengan cepat.

Walaupun umur dah cecah puluhan tahun, tapi rasa macam banyak lagi perkara masih belum sempat dilakukan.

Dunia yang kita kejar dan apa yang kita miliki rasa belum cukup. Kita seperti dikejar oleh waktu.

Tanda kiamat yang lain ialah,

"Kurangnya ilmu agama dan amalan agama."

Walaupun ilmu makin berkembang, tapi sebenarnya ilmu agama makin berkurang.

Kurangnya ilmu agama ni adalah disebabkan kematian ulama-ulama terdahulu.
Ilmu yang kita belajar dari seseorang guru itu, kita tidak akan dapat 100%. Katakan kau dapat 90% je. Then guru kau mati.
Dengan 90% ni, kau ajar anak murid kau. Dia tak akan dapat 100% dari 90% tu. Katakan dia cuma mewarisi keseluruhan sebanyak 80% je.

Begitu lah seterusnya, seterusnya & seterusnya.

Selain itu, tak ramai yang mahu tumpu dalam mempelajari ilmu agama ketika di usia muda.
Kebanyakannya hanya mempelajari ilmu agama setelah mencapai usia tua.
Dalam keadaan usia yang lanjut, sudah semestinya tak banyak ilmu yang dapat dituntut.

Tanda seterusnya ialah pembunuhan berlaku secara berleluasa.

Sampai satu tahap, bila dengar pasal pembunuhan, kita dah rasa macam perkara biasa.

"Pemuda-pemuda kamu menjadi fasiq (berperangai buruk)."
-Riwayat At-Tabrani

Situasi ni kita tak perlu tengok di dunia luar, boleh tengok sendiri di sosial media.

Tanda kiamat berikutnya,

"Muncul lelaki dan wanita yang aktif dalam masyarakat tetapi tidak berada di jalan Allah."

Ini memang berlaku.

"Antara tanda kiamat adalah anak menjadi pemarah, hujan menjadi bencana dan bilangan penjahat begitu ramai."
-Riwayat At-Tabrani

Ketika situasi itu terjadi, seorang ayah merasakan yang memelihara anak anjing adalah lebih baik daripada membesarkan seorang anak.

Seterusnya, akan berlaku perang Armageddon. Ini bukan dogengan. Sebab 3 agama samawi, semua bercerita tentang perang ini.

3 agama samawi, Judaisme (Yahudi), Nasrani (Kristian), dan Islam berbicara tentang perang sebelum kiamat ini.

Jack ada terbaca pasal ramalan bible, berkenaan POTUS (President US) ke 45.
Ada seorang Kristian, Jack tak ingat nama dia. Dia ni meramalkan Potus ke 45 merupakan Potus terakhir.
Dia tak sebut siapa Potus ke 45. Umum tahu bahawa Barack Obama merupakan Potus ke 44.
Calon Potus ke 45 ialah
- Hillary Clinton.
- Donald Trump.
Tetapi situasi berubah apabila isu berkenaan email Clinton mula didedahkan.

Jack juga ada terbaca dalam memo John Podesta. Beliau merupakan orang kuat Clinton.
Dalam memo tersebut, ada menyebut kekecewaan George Soros terhadap pentadbiran Barack Obama.
Dalam memo tersebut, menunjukkan seolah-olah Soros merupakan shadow government disebalik pentadbiran white house.
Soros ada menyebut tentang kegagalan Obama mengawal seorang Perdana Menteri korup di sebuah negara Asia (tak nak sebut)
Obama gagal menyekat pengaruh China. Di mana pemimpin korup tersebut menjalinkan hubungan baik dengan China.
Pemimpin tersebut mula mencari payung baru, selepas melihat payung lama tidak mampu memayungi beliau lagi.
Sama ada Trump atau Clinton yang menjadi Potus, shadow government masih orang yang sama.
Soros ni Yahudi, kulit putih.

Dalam ramalan tadi menyebut, Potus ke 45 mempunyai pengaruh dan populariti seperti JFK (bekas POTUS) yang mati di bunuh sebelum ni.
Pada penggal kedua pentadbiran Potus ke 45, ia akan menjadi tahun-tahun kesengsaraan (kebuluran, maybe masalah ekonomi)
Selepas penggal kedua berakhir, tidak ada Potus ke 46 kerana akan terjadi WWIII.
Potus ke 45 akan terus mentadbir US.

Ada 3 ramalan yang Jack baca iaitu;
1) Bible.
2) Nostradamus
3) Baba Vanga

Dalam manuskrip Nostradamus (bahasa perancis), ada menyebut berkenaan Trump.
Actually bukan semua ramalan Nostradamus adalah tepat. Bergantung pada si penterjemah tu.

Manuskrip Nostradamus, century I, ayat ke 45 (rasanya), ada sebut tentang Trump (terjemahan trumpet)
Si penterjemah manuskrip tu percaya bahawa ayat itu merujuk kepada Donald Trump.

Seterusnya Baba berkata bahawa lelaki tersebut merupakan president US terakhir.
Baba Vanga pernah meramal, akan muncul lelaki kulit hitam yang akan mentadbir US dan ramalan beliau benar-benar terjadi.
Kelmarin(Jumaat,4 November) badan perisikan US mendapat maklumat bahawa Al-Qaeda akan menyerang beberapa lokasi seandainya Clinton menang.

Kembali pada tajuk asal tadi, Armageddon.

Armageddon merupakan peristiwa besar dan perang kehancuran.
Armageddon merupakan perang raksasa yang melibatkan pelbagai pihak.
Kalau lihat pada Global Peace Index 2016, hanya ada 10 negara yang betul2 bebas dari konflik.
Armageddon akan menjadi permulaan bagi sebuah kemusnahan.
Semua negara-negara lain mempunyai konflik dan isu yang mana boleh membawa kepada pertikaian jika tidak diuruskan dengan baik.

Selepas Armageddon, barulah akan muncul Al-Mahdi.
Sebelum kelahiran Al-Mahdi, ada tanda-tanda di langit, iaitu kemunculan bintang berekor.
Bintang berekor ni muncul setiap 3,000 tahun. Kali terakhir ialah pada tahun 1997.
Mungkinkah kedatanganya pada April 1997 mengiringi kelahiran Al-Mahdi?

Sebenarnya terdapat banyak hujah berkenaan bintang berekor ni. Ada yang kata ianya Hale Bopp, ada yang kata Hermes. Wallahualam.

Al-Mahdi muncul di antara tanda kecil & tanda besar kiamat.
Al-Mahdi sendiri tidak tahu yang dia sebenarnya Al-Mahdi. Dan dia sendiri tidak mahu diangkat sebagai Al-Mahdi.
Al-Mahdi merupakan seorang yang mendapat petunjuk. Namanya Muhammad Bin Abdullah.
Sebelum dilantik sebagai Al-Mahdi, dia merupakan seorang manusia biasa yang ada kekurangannya.
Kemunculan Al-Mahdi bukan atas usahanya sendiri dan bukan atas kehendaknya.
Dia sendiri tidak tahu bahawa dia lah Al-Mahdi yang dinanti-nanti.
Dalam tempoh satu malam, Allah mempersiapkan untuknya suatu kaum yang berjumlah sedikit.
Akan terjadi satu pembunuhan, di mana seorang pemimpin telah dibunuh & Al-Mahdi dituduh.
Dia melarikan diri ke Makkah dan di situ dia telah di baiah tanpa kerelaannya sebagai Al-Mahdi.

Selepas kemunculan Al-Mahdi, muncul pula Dajjal. Selepas itu, Nabi Isa, seterusnya Yakjuj Makjuj.

Selepas semua tanda-tanda tadi berlaku, barulah dunia akan menyaksikan keluarnya matahari dari barat.

Selepas kematian Dajjal, kematian Yakjuj Makjuj, kewafatan Al-Mahdi & Nabi Isa, dunia akan berjalan seperti biasa.

Ada yang salah faham, mereka anggap selepas kemunculan Dajjal, dunia terus kiamat. Tidak.

Nabi Isa akan memerintah secara adil dan semua manusia akan menurut perintahnya, sehingga pada masa itu hanya terdapat 1 saja ajaran agama.
Dunia ketika itu dilimpahi dengan kemakmuran dan keamanan.

Selepas Nabi Isa wafat, dunia terus berjalan seperti sediakala. Kemudian, ada manusia yang kembali lalai. Jauh dari perintah agama.
Ada yang kembali melakukan kemungkaran, tidak beragama dan lain-lain.
Sampai satu tahap, jumlah mukmin hanya tinggal sedikit.

Pada saat itu, akan datang suatu malam yang ganjil.
Malam yang ganjil itu menyamai 3 malam (ada yang mengatakan 2 malam), masanya sangat panjang.
Orang mukmin yang kerap bersolat pada waktu malam, bangun menunaikan solat.
Mereka melihat langit, tiada lagi bintang. Kemudian mereka kembali tidur.
Selepas merasa agak lama tidur, mereka bangun. Hari masih gelap. Mereka menunaikan solat sekali lagi. Kemudian tidur.
Kemudian, tidur mereka dirasakan sudah agak lama. Mereka kembali bangun. Masih gelap. Mereka terkejut kerana malam menjadi panjang.
Saat mereka menunggu pagi, menunggu matahari terbit dari timur, tiba-tiba ia muncul dari barat.

Sebahagian daripada manusia yang melihat kejadian matahari terbit dari barat berteriak dan berlari mencari masjid.
Manusia yang kufur sebelum itu, terus beriman. Sedangkan iman mereka ketika itu tidak lagi bermanfaat.
Fenomena matahari terbit dari Barat hanya terjadi selama 1 hari. Kemudian ia kembali terbit dari Timur seperti sediakala.
Ketika itu pintu taubat sudah pun tertutup.
Manusia akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. Sedangkan pada saat itu dunia sudah berada di gerbang akhirat.

Jika ada seekor kuda melahirkan anak, anak kuda itu tidak akan sempat membesar. Kerana usia dunia ketika itu sudah di penghujung.

Selepas itu akan datang beberapa tanda lain seperti Dabbu Al Ardh, iaitu haiwan yang boleh berbicara, then asap yang menggelapkan bumi.

Yang terakhir barulah tiupan sangkakala.

Malaikat yang bertanggungjawab meniup sangkakala ialah Malaikat Israfil.

Ada pendapat mengatakan terdapat 2 tiupan. Ada pendapat mengatakan terdapat 3 tiupan.

3 tiupan sangkakala,
1) Tiupan goncangan,
2) Tiupan kejutan,
3) Tiupan kebangkitan

Tiupan goncangan merupakan tiupan yang panjang. Goncangan itu dapat dirasa oleh semua yang berada di langit dan di bumi.
Tiupan ini akan melanda seluruh semesta dengan goncangan yang dahsyat. Segala sendi akan tertanggal. Semua ikatan akan putus.
Ikatan yang selama ini kuat menyusun alam dengan rapi & harmoni, semuanya akan terputus.
Akibatnya, gunung ganang akan runtuh menjadi debu berterbangan. Lautan akan mengeluarkan api dan langit akan runtuh.
Seluruh hukum sains dan hukum fizik selama ini yang menyusun alam akan musnah.
Graviti mula hilang. Planet-planet berlanggar. Bintang-bintang berguguran.
Matahari mula kehilangan cahayanya. Sedikit demi sedikit keadaan alam akan kembali kepada asal iaitu seperti sebelum dicipta.
Tiupan ini akan didengari oleh setiap jiwa. Ia akan datang kepada manusia secara tiba-tiba.

Jika ada seseorang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya, dia tidak akan sempat merasa makanan itu.
Jika ada ibu yang sedang menyusu anaknya, dia akan melupakan anak yang disusukannya itu.
Jika ada wanita yang sedang mengandung, kandungannya itu akan gugur.

Tiupan kedua ialah tiupan kejutan (actually tiupan ni termasuk dalam tiupan pertama)
Tiupan kejutan akan membuatkan semua makhluk di langit dan di bumi terkejut lalu mati kecuali 8 makhluk.

8 makhluk yang terkecuali itu ialah
-Jibril
- Mikail
- Israfil
- Izrail
- 4 malaikat pemikul arasy

Kemudian, baru malaikat maut diperintahkan untuk mencabut nyawa Jibril, Mikail, Israfil & 4 malaikat pemikul arasy.
Akhir sekali barulah malaikat maut sendiri dimatikan.
Selepas itu alam semesta berada dalam keadaan kosong.

Then makhluk pertama yang dihidupkan semula ialah Israfil. Israfil diperintahkan meniup tiuapan sangkakala berikutnya.
Bila sangkakala ditiup, roh-roh berterbangan menuju jasad masing-masing.

Sebaik saja dibangkitkan semula dengan kepala bergelumang tanah, orang kafir berkata,
"Ini adalah hari yang sulit."

Demikianlah kisah Kiamat yang diceritakan dari Jack yang Syilah nak share kat korang ^^
Follow Twitter @Jack_Vladamir untuk baca kisah dia yang tersangatlah menarik dan bermanfaat untuk kita semua :)


السلام عليكم

5 comments:

Izzati Sarafina Hanis said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Izzati Sarafina Hanis said... [Reply]

tentang perkara ni pun ada diceritakan di halaqah! satu rancangan tentang kiamat! saya minat nak tahu tentang kiamat ni! :)

Eeiou _ said... [Reply]

Thank you for sharing this. I don't know much about this. so thank you =D

MASTURAH MARZUKI said... [Reply]

bermanfaat sgt.. syukran ats info :)

Kang surinder said... [Reply]

Suara musicnya dimana nih ... Hahaaa

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com