Pages

Tuesday, May 2, 2017

Review Movie Anime Top 4





Holla!
Back again and ada beberapa jam je lagi nak ada class pagi huahuahua. Tak puas rasanya. And esok junior form 6 nak masuk. HEHEHEHE. Can't wait for it untuk merasa jadi Senior even form 5 memang jadi senior but this feeling lain bila kita masuk form 6 ye😎

Ok another review movie but this time movie ANIME pula. HEHEHEHEHEHE. Macam mana boleh terjebak? Hm, Syilah pun taktau. Rasa macam nak beralih arah ke genre anime pula. Before that, semua movie yang Syilah tengok memang online bukan download punya. Yang nak tengok tu boleh ke SINI and search movie anime yang korang nak tengok. So, Syilah nak senaraikan top 4 movie paling best yang Syilah pernah tengok setakat ini πŸ‘€

1. Kimi No Na Wa (Your Name)


Dia pun storyline agak best. Cerita dia macam ni seorang gadis sekolah tinggi yang tinggal di bandar Itomori di rantau Hida pergunungan Jepun, nama dia Mitsuha. And dia ni bosan gila tinggal kat bandar Itomori sebab bandar ni kira perkampungan juga lah. Then, dia make a wishes yang dia nak jadi lelaki Tokyo yang hensem. Entah macam wishes Mitsuha ni became true. Dia bertukar tubuh badan dengan lelaki Tokyo bernama Taki. Tapi sekejap je. Every morning mereka bangun tidur, mereka ada di dalam tubuh badan yang sebaliknya. Maka, bermulalah episod-episod cerita dalam movie ni. Nak tahu? Kena tengok mehhh. Meh tengok kat SINI. Syilah dah sediakan link dia terus ke cerita diaπŸ˜ƒ

2. Ookami Kodomo No Ame To Yuki (Wolf Children)


Yang ni paling menyentuh perasaan jugalah. Dapat rasa betapa tabahnya seorang ibu ni dalam membesarkan anak-anak dia even anak dia seekor serigala. 


Even si suami dah mati, dia masih tersenyum dan mampu ketawa dalam menjalani setiap liku-liku kehidupan dia. I wish I can be like herπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Geram jugalah sebab anak dia comel and lasak. Cerita ni mengenai seorang wanita yang bernama Hana jatuh cinta dengan si lelaki ni lupa lak apa nama dia. Dia ni separuh manusia and serigala. So, leaps jatuh cinta mereka pun berkahwin dan mempunyai anak yang pertama iaitu Yuki. Tak lama lepas tu Hana mengandungkan Ame. Then, yang sedihnnya si suami berburu nak cari makanan untuk family dia sebab yelah dah bertambah kan anak then dia tak balik rumah. Rupanya dia matiiii huwaaa kkk emo pula em. Next, si Hana dapati susah nak control anak-anak dia dan bawa mereka semua berpindah ke kawasan yang jauh dari kejiranan dan besarkan mereka di situ. So, itu serba sedikit jalan cerita dia. Kena tengok ok. Tengok kat SINI. hehe

3. Hotarubi No Morie E (Into the Forest of Fireflies Light)


Well, yang ni pun quite best. Supernatural kinda romantic. Movie ni pendek je. Tak silap dalam 45 minit. Yang ni taktau nak describe macam mana sebab kena tengok sendiri lah. HAHAHAHA. Yang penting lelaki ni bukan manusia nama dia Gin, and that girl nama dia Hotaru. Syarat dia ni manusia tak boleh pegang dia secara fizikal sebab kalau tak dia akan hilang buat selamanya. Nak tahu dia hilang ke tak try lah tengok sampai habis? Boleh ke SINI untuk layan movie ini. 

4. Kotonoha No Niwa (The Garden of Words)


Yang ni kurang sikit sebab jalan cerita dia slow. Tapi gagahkan diri tengok juga. HAHA. So cerita ni mengenai seorang budak lelaki berumur 15 tahun yang bernama Takao Akizuka dan seorang wanita berumur 27 tahun, Yukari Yukino. Haaa nampak tak perbezaan umur tu. 12 tahun beb tapi si Akizuka ni dah jatuh cinta dengan Yukino. Mereka ni jumpa ke satu tempat kebetulan masa tu hujan. And dari situ mereka berkenalan. And oh yeah si Akizuka ni bercita-cita nak jadi tukang kasut. Tanpa disangka, Yukino tu seorang cikgu di sekolah Akizuka. Huehuehue. Nak tahu apa yang terjadi, moh ler tengok kat SINI. Yeah!

Ok, that's all for today antara review movie anime. Tapi rasanya Syilah memang ikut turutan setiap movie tu. And so far yang paling best antara 4 ni, Wolf Children
Selamat menonton!πŸ˜‡




3 comments:

Fairuz Aqilah said... [Reply]

Tak layan anime, sebab tu tak tau sangat. Dulu zaman diploma pernah tengok kimi no todoke kot kawan suggest. Best jugak. Hehe..

Amer Ridzuan said... [Reply]

Amer ada tag awak dekat post amer. jom baca https://ameridzuan.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag-22-shades-of-amer.html

Putri Athierah said... [Reply]

hey there ! i would like you to try this out, it's a fun challenge c:

http://crap-sody.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag-11-of-me.html

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com