Pages

Saturday, February 27, 2016

Review Drama She Was Pretty


Anyeong!



Rasanya ramai dah tengok dan maybe belum. Dan ini adalah drama Korea PERTAMA yang Syilah tengok HAHAHAHAHA. Tolonglah percaya. Selama ni Syilah layan Running Man je. Lepastu entah macam mana Syilah terjebak dengan drama pula. I know drama ni tahun lepas punya. But this year baru ada masa nak tengok xD

Hm korang percaya ke ni drama Korea PERTAMA Syilah tengok? HAHAHAHAHA. Takdelah ini adalah drama Korea KEDUA Syilah tengok selepas The Heirs. Ala yang Lee Minho berlakon tu xD

Lepas Syilah habis tengok drama ni, Ya Allah Syilah jatuh cinta. Jatuh cinta sebab apa?
Syilah jatuh cinta dengan watak Kim Shin-Hyuk which it Choi Siwon yang berlakon. Ya Allah even dia bukan watak hero dalam tu tapi watak dia menyerlah sangat. Dahlah hensem xD

Cerita ini mengisahkan Apabila Sung-Joon (Park Seo-Joon) budak lelaki yang berbadan besar dan comot. Dia tak ada kawan-kawan, tetapi gadis popular dan cantik Hye-Jin (Hwang Jung-Eum) jadi kawannya. Gadis ni masa tu bagi dia comfort time hari hujan bila Sung-Jung berasa trauma. Trauma sebab dia asyik teringat mak dia kemalangan masa hari hujan. Then dorang ni ada hubungan istimewa antara satu sama lain, tetapi Sung-Joon dan bapanya berpindah ke Amerika Syarikat. 15 tahun kemudian, Sung-Joon kembali ke Korea Selatan. Dia dan Hye-Jin ditakdirkan untuk bertemu lagi buat kali pertama dalam beberapa tahun, tetapi Hye-Jin tak dapat nak tunjukkan dirinya di hadapan Sung-Joon yang masa tu dah set time nak jumpa. Tapi dia tak jadi nak jumpa sebab kedua-dua penampilan dorang dah lain which mean Sung-Joon dah jadi kacak dan perfect dalam kehadirannya, manakala Hye-Jin tak cantik dan rambut dia mengembang. Mestilah taknak jumpa kan. Sebab si Sung-Joon tu mesti ingat si Hye-Jin ni cantik. Dia takut lah so dia menyorok. Lagi satu dia takde keyakinan nak jumpa Sung-Joon. Lagipun masa tu dia menganggur takde kerja.

Then one day, Hye-Jin minta kawan baik dia tu, Ha-Ri(Koh Joon-Hee) untuk menyamar jadi dia dan berjumpa dengan Sung-Joon. Bermulalah episod si Ha-Ri ni menyamar jadi Hye-Jin.
Haa kalau Syilah cerita sampai esok pun tak habis xD

So, marilah tengok kepada yang tak tengok lagi. Serious talk best! Ada Siwon Super Junior xD
Sampai menangis-nangis Syilah dibuatnya huhuhuhuhu.
Okay, see ya in next entry.



3 comments:

Myra Azraff said... [Reply]

OMGGGG suka gila cerita ni. lagi2 kat siwon !!! uhuksss

Myra Azraff said... [Reply]

jeksennnnnnnn

Najwa said... [Reply]

omggg suka sangat2 jugak ngan drama niiii

semua suka siwon, kita suka park seo joon kihkihkih..

kat mbc awards seo joon ngan siwon dpt best couple.. soompi awards pun dpt best bromance, lol...

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com