Pages

Friday, April 29, 2016

Kenapa STPM?




Bismillahirahmanirahim & Salam Jumaat semua....

Sejak menjak ni tak ada masa Syilah nak update + blogwalking blog korang semua T^T
lelagi starting next week Syilah dah sambung belajar. Maafkan saya.


Ye, seperti tajuk dan gambar di atas, Syilah akan sambung belajar ke STPM.
Kenapa STPM? Kenapa tak Universiti?

Well, ni lah Syilah nak cerita. Dari Syilah di bangku sekolah menengah lagi Syilah memang berazam nak sambung STPM. Masa tu Syilah tak tahu kenapa. Dan sampai lah ni habis SPM dan memikirkan masa depan. Surat tawaran dari U memang banyak dapat, tak kiralah dari Universiti Awam or Swasta. Semua Syilah dapat dan ignore je huhu....

And masa check results nama kita dapat ke tak masuk Tingkatan 6, dan YES nama Syilah ada. Masa tu bersorak keriangan jugalah :P
Syilah dapat kat Kota Damansara Seksyen 10. Syilah pernah pergi sekolah tu. Sekolah tu memang besar + campur dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Blok pra-U dia memang agak dalam jugalah. Maybe taknak ada gangguan. Maybe.

Dapat course Jurusan Kemanusiaan since kat sekolah menengah dulu memang Syilah aliran Sastera je. Well, setiap sekolah tingkatan 6 memasing ada course sendiri. Tapi, kat KD10 ni mengikut course Syilah yang ada Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Bahasa Melayu, Sejarah & MUET. 
I think ok sebab BM & Sejarah memang Syilah minat. Cuma PA dan PP je kena belajar sungguh-sungguh hehe.

Yeah and i knew too about mentaliti orang Melayu sekarang. Ramai yang pandang rendah kat budak STPM ni. Tapi well said, itu depends kepada diri kita sendiri, apa yang kita minat dan nak capai dalam hidup. And yes STPM ni kena struggle. Itu pasal tempoh masa dia hanya setahun enam bulan sahaja.
Impian Syilah kalau ada rezeki dan melepasi tahap yang Syilah nak, Syilah ingat lepas tamat STPM, Syilah nak sambung belajar kat luar negara. Insha Allah. Moga tercapai.

Lepas tu, kerjaya yang Syilah pilih insha Allah nak jadi seorang pendidik iaitu Guru. Kalau layak ke peringkat tertinggi of course jadi Pensyarah :)

Syilah ni jenis suka belajar like menghafal, menulis dan sebagainya sebab tu Syilah pilih STPM.
Lagipun kalau dalam bidang kemahiran Syilah tak mahir sangat huhu.
Hm diploma pula, Syilah rasa Syilah nak STPM dulu, barulah fikir step yang seterusnya.
Doakan yang baik-baik ye. Mudahan semuanya berjalan dengan lancar.
Insha Allah.

Ok gais, lepas Syilah lapor diri dan through it step by step in form 6, I will update next entry.
So, stay tune!


Thursday, April 21, 2016

Review Movie Taiwan: Our Times


Hai semua!

Kali ni Syilah nak story pasal satu movie ni Syilah baru layan semalam. Ya Allah seronok sangat movie ni. Tengah free kan so Syilah manfaatkan masa dengan layan movie. 
Kaki movie macam Syilah ni of coz lah kena layan en.
Even movie ni last year ditayangkan but tahun ni baru Syilah dapat tengok huhu.
Memang tak rugi sebab meleleh juga air mata Syilah layan.





Movie ni mengisahkan kisah seorang gadis bernama Truly Lin yang mengimbau 18 tahun dahulu dia di sekolah menengah. Masa tu dia buka lagu Andy Lau dan bermulalah kisah hidup dia. Truly Lin ni tertarik sangat dengan seorang jejaka nama dia Ouyang Fei Fan yang sangatlah popular kat sekolah tu.

Satu hari si Truly Lin dia dapat surat berantai kat bawah meja dia. Well, zaman dulu kalau kita dah baca surat berantai orang kata akan mengakibatkan kecelakaan dan sebagainya. So, dalam cerita ni Truly Lin percaya.
First surat berantai tu dia bagi kat cikgu dia mengajar Matematik.
Second, dekat Hsu Tai Yu. Kira lelaki ni ketua segala gengster lah kat sekolah tu. The reason dia buat surat kat Tai Yu sebab dia ternampak Tai Yu ni macam nak bergaduhlah dengan Ouyang ni.
Last surat dia bagi kat seorang perempuan ni hot jugalah kat sekolah tu, nama dia MinMin.
So, bermulalah episod Truly Lin dengan ketua gengster tu, Tai Yu.




Ha nilah Truly Lin and Hsu Tai Yu. Tetiba bila Syilah layan movie ni Syilah minat kat Tai Yu sebab senyuman dia auchhh menggoda

Dorang jadi kawan sebab dorang ni tawan lelaki dan gadis yang mereka suka. Truly Lin suka kat Ouyang. Tai Yu pula suka kat MinMin.
Well, biasalah lepas lama-lama berkawan akhirnya jatuh cinta. Dorang berdua ada perasaan antara satu sama lain but dorang pendam.

Yang paling tak tahan, bila si MinMin ni luah perasaan kat Tai Yu kat atas bumbung sekolah. Masa tu si Truly Lin ada. Part ni yang tak tahan sampai mengalir air mata. Truly Lin ucap tahniah sambil menahan sebak di dada huhuhuhuhuhu sedihnyaaaa.



Ni lah antara pelakon yang banyak main peranan.
Syilah taknak cerita lelebih nanti spoil pula ehehe.
Kira ni serba sedikit sinopsis lah.


Masa ni si Truly Lin dah jadi cantik ehehe. Comel je ^^


Jomlah layan movie ni. Serious tak rugi. 
Syilah tengok online je sebab cepat berbanding download ni. Lepas dah habis tengok masih lagi terbayang-bayang, tak boleh move on beb.

Klik sini, movie Our Times.
Selamat menonton!











Monday, April 18, 2016

Tips Nak Panggil Wartawan Interview Blog Kita


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Assalamualaikum to Muslim and 
Hello to non-Muslim.
How are you guys?

Seminggu cik Syilah ni menghilang hehe tapi tetap mencari masa untuk blog ini. 
Syilah ke mana menghilang? Well, minggu lepas memang busy jugalah. Hari Jumaat sampai hari Ahad Syilah kat Shah Alam. Apa lagi pergi i-City lerr :p

Ok, nak diceritakan kira ni short vacation jugalah. Dengan cuaca yang agak panas sekarang ni, kami sekeluarga decide nak pergi mandi. And yeah lepas bayar tiket seorang RM25 masuk Water World tu terus terjun mandi. Punya semangat dia pergh. Heaven jugalah. Nasib hari Jumaat, time tu siang tak ramai orang. Tapi paling best naik Gelongsor Tornado. Ya Allah! Kecut perut weh. Walaupun takut gila disebabkan ketinggian dia, Syilah and adik-adik Syilah yang lain tetap naik berulang kali xD

Kitaorang cakap "Bukan selalu try macam ni." Tapi nak mendaki atas tu penat jugalah sebab kena bawa pelampung besar(4 orang sahaja). Well, Syilah ramai adik-adik hero ni so doranglah yang bawa :p
Kalau naik benda tu even banyak kali naik, menjerit memang satu kepastian.

Maaf, tiada gambar untuk diselit pada cerita Syilah sebab phone semua tinggal kat hotel. Takpa, hotel tu selamat nak tinggal barang berharga sebab ada locker password. No wonder it's called Hotel 3 Star(Best Western i-City)

Abah suruh tinggal kat hotel je sebab kami semua nak having fun kan. And adik Syilah si kecil tu, Ahmad kata,"Takpa, kita rakam memori kita mandi dalam ingatan." And we all like, "OKAY"!
Kitaorang naik semua Gelongsor yang ada kat sana. Hu ha hu ha dari jam 2.54 sampai 7 petang engko. Nampak tak lama gila kitaorang mandi-manda xD
Apa kisah, dah bayar kan :p

Memang balik semua dalam kepenatan jugalah. Esok pagi(Sabtu) kami sekeluarga dilayan bak raja dan ratu*EH! Hahahaha. Mana taknya breakfast tersedia depan mata. Makanan semua sedap-sedap. Phone macam biasalah selalu tertinggal kat hotel but nah time tu makan sampai puas juga sebab makanan banyak weh! I like gila.

Macam biasa kalau pergi i-City tak sah tak masuk Digital Lights, Red Carpet, Snow Walk, House of Horror dan macam lagi. Walaupun 3 hari bercuti tapi percutian tu rasa macam sakan juga lah xD

Ok, dah itu cerita ke mana Syilah menghilang. Syilah sebenarnya nak cerita pasal seorang akak blogger ni. Dia request something dari Syilah. 
Let's check it out!


Terkejut Syilah bila dapat request macam ni dari kak Rehan kita ni. Mana taknya blog kita ni biasa-biasa je :) *malu-malu cat
Yelah, blog saya ni biasa-biasa sahaja. Sekadar berkongsi kisah :D

Ok, Syilah rasa tips dia senang je. First of all, kita kena sentiasa rajin check up blog kita. Dia sihat ke tidak, huhu. Jagalah blog kita sepertimana kita jaga nyawa kita eceh.

Kedua, rajin balas kunjungan setiap orang yang datang ke blog kita. Ini memudahkan kita dapat berkenal-kenalan. Macam Syilah dengan kak Rehan. Tetiba sahaja dapat menjalinkan sebuah ukhuwah walaupun tak pernah bersua-muka.

Ketiga, rajin update blog supaya blog kita nampak fresh dan viewer pun ramai. Naikkan traffic blog anda!

Tapi, kalau nak blog kita mendapat tatapan umum bolehlah contact Utusan Malaysia. 
Email sahaja kepada, azrinmuhammad88@gmail.com dan nyatakan bahawa anda mahu blog dipaparkan di ruangan Blog Pilihan bahagian Dot.com Utusan Malaysia.
Insha Allah, kalau ada rezeki pihak terbabit akan hubungi anda untuk butiran lanjut.

Seperti yang diketahui, blog Syilah pernah masuk Berita Harian. Tak ku sangka, tak ku duga. Tiba-tiba sahaja dapat email dari kak Azma Berita Harian yang dia berminat nak paparkan blog Syilah. Dan Syilah pun bagilah apa yang patut. Dia cuma temu ramah Syilah melalui email sahaja.
Actually, Syilah pun tak pernah terfikir akan masuk surat khabar juga and dari mana dia cari Syilah but orang kata rezeki kan. 
Alhamdulillah :)


So, itulah serba sedikit tips Syilah nak kongsi kat semua. Di samping blog yang cantik, korang kena update benda yang bermanfaat untuk tatapan pembaca.  Jangan update membuta tuli tau.

Sampai di sini sahaja. Jumpa di hari Syilah free xP

Wasalam.








Monday, April 11, 2016

Don't Be a CopyCat. Be Yourself!





We’ve all been in a situation where a sibling or maybe a friend chooses, for whatever reason, to copy you. It may be simply words, actions, or clothing choices, but when someone takes those things and acts as if they are their own, it can be pretty frustrating. What about copy cats in the professional realm? When someone takes someone else’s ideas as their own, it becomes a much more heinous act. One that can destroy careers and relationships.

Yes, that what I feel right now. It's been a long days I noticed that people imitate what I do, To be honest, it's annoying me. Like what? Can you just be yourself? What I have, what I do, all you want. I don't understand why. Sometimes, you show off that you have everything but you don't actually.
Why you must acting like this? Don't you like being yourself? 

I don't know should I face you to talk about this? You know why I always kept in silent?
Because I'm afraid you're feeling offensive towards me.

But the more I kept in silent and the more I look the way you copy me, it make me so angry. What can I do? If I talk, did you listen to me? No. In fact, you will chide me at social sites and farther away. And it's becomes worst.
I don't want that happen. What can I do? *sigh

So, I hope that you can change yourself. 
BE YOURSELF. BE ORIGINAL.
People will avoid you when you copy them. Tell me who like copycat what you have?
DO NOT imitate what I do. 
DO NOT show off what you haven't.
How long you want live like this?




Friday, April 8, 2016

D-day That I Won't Forget Ever



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Assalamualaikum semua! 

Entri kali ini Syilah terlalu bersemangat nak update sebab nak berkongsi cerita! Hehe ^^
Pada 6 April yang lalu, which mean 2 hari yang lepas, Syilah and geng-geng Syilah ni bercadang nak keluar lepak. Kami ni bukan apa. Dari bulan 3 bercadang nak keluar tapi asyik cancel. So bulan ni baru jadi nak berkumpul ramai semua tu. Yelah mana tidaknya sorang busy kerja and so on.
Alhamdulillah, apa yang kami plan nak keluar akhirnya menjadi. Yabedabeduuuu!

Syilah ingat hari itu kami just berjalan and makan-makan je. Well, geng Syilah ni perut semua perut puaka xD Semua kuat makan termasuk Syilah :p

So, bermula lah satu cerita ni si Azleena ni asyik dok cakap nak pi tandas je. Cari punya cari tandas, dia pi singgah kedai Secret Recipe dengan Wina. Syilah, Atiekah dengan Mona pergi lah tempat lain sebab malas kan nak menunggu :p

Masa tu serious tak fikir apa, buat apa dorang kat kedai tu kan. Sampailah kami ke satu destinasi di mana Restoran Dip & Dip menjadi pilihan kami. Heaven coklat katakan ^^
Order lah menu bagai. Air Syilah order Mocha Frappe tu serious sedap. Rasa macam nak tambah lagi! *serious talk

Well, okay ni part paling best. Tiba-tiba lagu yang berkumandang kat dalam restoran tu berhenti, dengan lampu terpadam ecehhh. Suspens juga ni. Ingat nak marah pekerja sana HAHAHAHA.

Tiba-tiba.....

Lagu Happy Birthday berkumandang satu restoran dengan dorang bawa kek comel ada lilin atas tu. Serious ya Allah terharunya! Kenapa Syilah terharu? Sebab seumur hidup Syilah tak pernah sambut birthday yang se-meriah ni. Yelah lagi-lagi dengan orang tersayang.


Ye tahu birthday Syilah dah lama berlalu but still mereka-mereka ni nak sambut juga. Siapa je tak terharu hmmmmm. Tapi Syilah sambut serentak dengan kawan Syilah, Atiekah hehe. Btw, si Atiekah ni birthday dia dulu, so dia kak Long bagi geng kami semua:p


Ta-daaaa! Marshmallow Crepe katanya.


Inilah mereka. Orang-orang yang sampai sekarang di samping Syilah. Betullah orang kata, selepas keputusan SPM keluar, kita boleh tengok siapa sebenar-benarnya sahabat kita. Yang pergi dan datang. But mereka inilah yang tak pergi jauh malah makin dekat.


Well, setiap group ada nama masing-masing right? Same goes to my group. 
COKLAY COKLETO.
Dari mana tercetusnya nama group ni? Haha, ni nak cerita ni. 
Masa tu malam hari sebelum kepututusan SPM keluar, kitaorang ni bising-bising lah nak pakai baju apa. Formal ke kasual. Pastu si Azleena ni pun kuat typo dalam group. Ni cadang kami semua pakai baju warna coklat. Coklat tu jadi coklay. HAHA, since that day kami guna nama tu until sekarang. Cokleto tu hanya tambahan je plus semua suka makan coklat. I think so HAHAHA.
Agak pelik tapi tulah yang mengukuhkan ikatan silaturahim kami berlima.


Dapat belon, dapat present, dapat kek. Haiyaaa thank you so much!
Seriouslah Syilah cakap impian bila menjelang birthday kita apa yang kita nak. And now alhamdulillah umur 18 tahun ni baru dapat merasa. Tanpa dorang ni entah bila lah dapat merasa semua ni :p


Ala air tu sedap sangat. Mocha Frappe + Marshmallow Crepe.


Nak tau mana Azleena? Ha yang berdiri tetengah tu. Perangai dia ni paling kebudakan sikit tapi comel HAHAHAHA :D



Ni Wina. Orang kata ni kawan paling rapat, paling sengal, paling ughhhh lah.


Sabtu minggu depan dia dah daftar diri masuk PICOMS bahagian Fisioterapi. Hmmm sedih sangat tapi itu yang dia minat dari dulu kami belajar Sains Sukan bersama. Actually, Syilah pun dapat tapi Syilah tolak sebab Syilah minat benda lain huhu. Good luck, Tieka!


Angka 18 bukanlah segalanya. It's just a beginning.
Candid photo by: Mona


Pergi memana dengan dorang pegang belon ni mesti orang cakap, "Happy Birtday." But, antara berlima birthday siapa pada hari itu? HAHAHAHAHA *evil laugh


So, inilah cerita dia. Dari pagi sampai lewat petang kami lepak. Rasa kalau boleh nak lama lagi. Bila lagi nak lepak lama macam ni kan?

Terharu dengan apa yang mereka buat. Terima kasih Mona, Wina dan Azleena yang dah korang buat pada hari tersebut dekat i and Tieka. Lots of love. Muahhh!

Semoga ukhuwah persahabatan kita terjalin erat hari demi hari. Good luck in future. Belajar elok-elok. Moga Allah s.wt. merahmati hubungan kita semua.
Insha Allah.

Terima kasih sudi baca sampai habis entri Syilah yang panjang berjela kali ini :)















Tuesday, April 5, 2016

Quotes of The Day #1



I have heard that one day everyone meets a certain someone that changes their life almost instantly. You meet them and the starts align and the earth stands still in that moment. This person is there through the ups and downs of life and is always there to help you up. They text you to just say I love you and care about the details that we think are small details in our life. This person never lets you go to bed upset and always reminds you of their constant admiration of you. This person and you are inseparable. Almost like a bulletproof window that nobody can get through. This person is your best friend. This person is irreplaceable. You're
My Person. Holy crap thank god you're my Person." - sydniheiser
Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com