Pages

Monday, April 18, 2016

Tips Nak Panggil Wartawan Interview Blog Kita


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Assalamualaikum to Muslim and 
Hello to non-Muslim.
How are you guys?

Seminggu cik Syilah ni menghilang hehe tapi tetap mencari masa untuk blog ini. 
Syilah ke mana menghilang? Well, minggu lepas memang busy jugalah. Hari Jumaat sampai hari Ahad Syilah kat Shah Alam. Apa lagi pergi i-City lerr :p

Ok, nak diceritakan kira ni short vacation jugalah. Dengan cuaca yang agak panas sekarang ni, kami sekeluarga decide nak pergi mandi. And yeah lepas bayar tiket seorang RM25 masuk Water World tu terus terjun mandi. Punya semangat dia pergh. Heaven jugalah. Nasib hari Jumaat, time tu siang tak ramai orang. Tapi paling best naik Gelongsor Tornado. Ya Allah! Kecut perut weh. Walaupun takut gila disebabkan ketinggian dia, Syilah and adik-adik Syilah yang lain tetap naik berulang kali xD

Kitaorang cakap "Bukan selalu try macam ni." Tapi nak mendaki atas tu penat jugalah sebab kena bawa pelampung besar(4 orang sahaja). Well, Syilah ramai adik-adik hero ni so doranglah yang bawa :p
Kalau naik benda tu even banyak kali naik, menjerit memang satu kepastian.

Maaf, tiada gambar untuk diselit pada cerita Syilah sebab phone semua tinggal kat hotel. Takpa, hotel tu selamat nak tinggal barang berharga sebab ada locker password. No wonder it's called Hotel 3 Star(Best Western i-City)

Abah suruh tinggal kat hotel je sebab kami semua nak having fun kan. And adik Syilah si kecil tu, Ahmad kata,"Takpa, kita rakam memori kita mandi dalam ingatan." And we all like, "OKAY"!
Kitaorang naik semua Gelongsor yang ada kat sana. Hu ha hu ha dari jam 2.54 sampai 7 petang engko. Nampak tak lama gila kitaorang mandi-manda xD
Apa kisah, dah bayar kan :p

Memang balik semua dalam kepenatan jugalah. Esok pagi(Sabtu) kami sekeluarga dilayan bak raja dan ratu*EH! Hahahaha. Mana taknya breakfast tersedia depan mata. Makanan semua sedap-sedap. Phone macam biasalah selalu tertinggal kat hotel but nah time tu makan sampai puas juga sebab makanan banyak weh! I like gila.

Macam biasa kalau pergi i-City tak sah tak masuk Digital Lights, Red Carpet, Snow Walk, House of Horror dan macam lagi. Walaupun 3 hari bercuti tapi percutian tu rasa macam sakan juga lah xD

Ok, dah itu cerita ke mana Syilah menghilang. Syilah sebenarnya nak cerita pasal seorang akak blogger ni. Dia request something dari Syilah. 
Let's check it out!


Terkejut Syilah bila dapat request macam ni dari kak Rehan kita ni. Mana taknya blog kita ni biasa-biasa je :) *malu-malu cat
Yelah, blog saya ni biasa-biasa sahaja. Sekadar berkongsi kisah :D

Ok, Syilah rasa tips dia senang je. First of all, kita kena sentiasa rajin check up blog kita. Dia sihat ke tidak, huhu. Jagalah blog kita sepertimana kita jaga nyawa kita eceh.

Kedua, rajin balas kunjungan setiap orang yang datang ke blog kita. Ini memudahkan kita dapat berkenal-kenalan. Macam Syilah dengan kak Rehan. Tetiba sahaja dapat menjalinkan sebuah ukhuwah walaupun tak pernah bersua-muka.

Ketiga, rajin update blog supaya blog kita nampak fresh dan viewer pun ramai. Naikkan traffic blog anda!

Tapi, kalau nak blog kita mendapat tatapan umum bolehlah contact Utusan Malaysia. 
Email sahaja kepada, azrinmuhammad88@gmail.com dan nyatakan bahawa anda mahu blog dipaparkan di ruangan Blog Pilihan bahagian Dot.com Utusan Malaysia.
Insha Allah, kalau ada rezeki pihak terbabit akan hubungi anda untuk butiran lanjut.

Seperti yang diketahui, blog Syilah pernah masuk Berita Harian. Tak ku sangka, tak ku duga. Tiba-tiba sahaja dapat email dari kak Azma Berita Harian yang dia berminat nak paparkan blog Syilah. Dan Syilah pun bagilah apa yang patut. Dia cuma temu ramah Syilah melalui email sahaja.
Actually, Syilah pun tak pernah terfikir akan masuk surat khabar juga and dari mana dia cari Syilah but orang kata rezeki kan. 
Alhamdulillah :)


So, itulah serba sedikit tips Syilah nak kongsi kat semua. Di samping blog yang cantik, korang kena update benda yang bermanfaat untuk tatapan pembaca.  Jangan update membuta tuli tau.

Sampai di sini sahaja. Jumpa di hari Syilah free xP

Wasalam.








3 comments:

syasandeul said... [Reply]

jaga spt jaga nyawa tuuuu hahahaha xD
nice entry anyway^_^

spitoutblog said... [Reply]

thanks atas tipsnya...
mana nak tau nnt blog saya pulak yg masuk..hahahah

Rehan Who said... [Reply]

wowee thanks syilah!
malu malu cat jugak kak rehan bila syilah screen shot mesej kak rehan besau besau hihih.
ok lepas ni kak rehan jaga blog mcm jaga nyawa ye :D

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com