Pages

Tuesday, August 22, 2017

Wordless Tuesday



Hidup ini takkan mampu kita jangka.

Apa yang akan terjadi hari ini, atau pada hari esok?

Memang manusia terlalu berharap.
Dan harapan itu sering kita mahukan ia selari dengan kehendak kita.

Sehingga kita sering lupa apa "kehendak" Allah sebenarnya.

Kita merancang penuh harapan. Namun, Allah juga mengatur satu persatu perjalanan hambaNya dengan penuh kecintaan.

Bukan Allah tidak mahu berikan apa yang kita mahu.
Cuma, Allah tidak mahu kita terlalu berharap benda yang kita sendiri tidak tahu apakah jaminannya masa hadapan.

Begitu juga segala ujian hati dan cinta pada dunia.

Boleh jadi ia hanya persinggahan. Ujian yang singgah untuk menguji keimanan kita kepada Tuhan.

Allah bagi air mata sekarang, sebab Dia tak mahu kita lebih terluka masa depan.

Berundurlah. Itu bukan kekalahan.

Selagi mana kita tetap bersama Allah. Allah tidak akan sesekali meninggalkan kita sendirian.

"Katakanlah, tidak akan sesekali menimpa kepada kami kecuali apa yang telah dituliskan oleh Allah kepada kami. Cukuplah Allah Maha Pelindung dan sebaik-baik tempat bertawakal."

4 comments:

Ada Abdullah said... [Reply]

Salam..

Blog walking here.. Nice writing dik.. Keep writing ya..:)

izzaty sarafina said... [Reply]

there is no situation that we are experiencing alone. Allah SWT always with us! :')

Hazman said... [Reply]

"Katakanlah, tidak akan sesekali menimpa kepada kami kecuali apa yang telah dituliskan oleh Allah kepada kami. Cukuplah Allah Maha Pelindung dan sebaik-baik tempat bertawakal."

Cik kaella said... [Reply]

terbaik perkongsiannya. semoga bermanfaat :)

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com